Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, February 16, 2011

Yang Terpuji

Salam Maulidur Rasul. Cuti semalam. Wat ape aritu?... aku tgk tv3 dari pagi, dari MHI, Al Kulliyah, Jejak Rasul, WHI, semua boleh di katakan berkaitan dgn Maulidur Rasul, pehtu mak aku bukak CD Selawat Nabi.

Ok, ekceli aku nak cite drama YANG TERPUJI malam tadik. Ermm bukan cerita itu, dari kehidupan terjadi di keliling aku. Aku tak mo lah mention anak sapo. Tapi ini jadikan pengajaran.

Namanya indah bermula dgn Muhammad yg bermaksud Yang Terpuji. Belakang tak yah bagi tau lah, tp tetap indah. One day Muhamad di lahirkan, pulak cucu pertama di beri nama bermula dgn Muhammad, jadi dipanggilnya Mamat... naif, semua tak tahu maksudnya. Lepas Muhammad berusia sethn lebih, dia bergaduh dgn sepupu perempuannya yg tua 8bln. Ditolaknya Muhammad sampai jatuh dan menangis. Sebelum ni, mmg biasa pon tgk keletah mereka bergaduh. Tetapi, ibu si Muhammad terasa dan terus berkata tanpa fikir....
"nanti mamat dah besar biar jadi gangster, biar dia pukul semua"

Kata2 kita ibarat doa, kalau lah kata2 itu Allah berkata Kun Faya Kun?

Hari demi hari Muhammad membesar, setelah pindah ke sekolah pelajaran dia lebih baik, malah menjadi pelajar terbaik di sekolah agama, malah lulus dgn baik di sekolah Agama Khas. Pernah sekali, dia menerangkan pada keluarganya dan saudara maranya. Ustaz dia berkata, jangan panggil Mamat, maksud Mamat ialah mati. Sesetengah saja berubah panggil kepada nama keduanya, tapi yang telah biasa, tetap memanggilnya Mamat, malah dia sendri selalu tersasul bahasakan dirinya Mamat. Walau Muhamad menjadi pelajar terbaik di sekolah agama, tapi pelik, Muhammad susah bila di minta solat, ada saja alasan dan dolak dalik... Sekolah Menengah pelajarannya tidak sebaik di sekolah agama. Malah sgt merosot bila di tingkatan 4. Sudah penat ibubapanya memantau anaknya ini, sedangkan adik2nya seramai 5 org di bawahnya tiada pon berperangai macam Muhammad. Ponteng kelas ( sekolah asrama), pernah di gantung sekolah 1 minggu kerana mencuri henpon kawan tetapi tidak balik ke rumah. Ibu bapa ingat dia baik di sekolah. Kerana malu, bapa Muhamad telah keluarkan Muhammad dari asrama penuh dan sanggup menghantar ke sekolahnya tiap2 hari. Tapi sayang, hilang ibubapa Muhammad dari pandangan, terus dia ponteng sekolah bersama kawan2 yang sekepalanya.

Tiap petang tetap balik ke rumah neneknya sebelum di jemput oleh ibubapanya. Bermula kisah duit neneknya kerap hilang. Mencuri henpon dan duit makcik2nya sendiri. Sekarang Muhammad di tingkatan 5, masih sama, tetapi dia bagai di larang masuk ke rumah neneknya kerana tidak mahu ada kes kehilangan duit lagik. Tapi memang benar, sejak itu, memang tiada duit yg kehilangan. Cuma sikap teruk sekolahnya masih sama. Apa akan terjadi di masa hadapan Muhammad, adakah akan berubah lebih baik? atau lebih teruk.

Moral : Doa ibu bapa. Panggillan nama. Ibu bapa itu sendiri. Ibu bapanya sendiri asyik suruh anaknya elajar dan belajar, tapi solat, diri sendiri pon tak lepas. Kata2 ibu bapa pada anaknya ibarat doa. Sentiasalah berhati dalam melafazkan kata2 utk anak, biarlah yang baik2. Panggilan nama itu sendiri. Kasihan kalau Muhammad di panggil Mamat, maka mati lah jiwa dan hatinya. Aku berdoa dia menjadi baik dan berjaya di masa hadapannya



Saturday, February 12, 2011

Mee Rebus ala Haji Wahid


ni entry lapok yer... asek lupe jek nak post..

Aritu, huby aku dia tercraving mee rebus lepas balik keje, sebab aku kata tak masak.. maggi boleh? kakakak, then dia cakap nak mee rebus.. so aku cakap lah.. ok.. sat gi beli.. dalam otak aku nak pow sekali nasi goreng kampung pedas2... peh tu dia jawab ala ngade2... tak mo... nak ayang ,masak....... Haissshhhh.. pandai sgt nyer aku nak masak kan... so ckplah.. mana lah ayang geti masak... so ape lagik maggi kari asam laksa aku buatkan.. heheheh..

So aku plan lah buat separais utk dia.. penat aku google, mencik aku tgk resipi yg sgt2 complicated... cari punya cari2 aku jumpa resipi yg glamer kat johor.. iaitu Mee Rebus Haji Wahid. Bahan pon simple2, original resipi aku copy kat sini. Leh lah tgk2 lauk pauk lain2 yg sgt mengoda jiwa ye... sini aku kopipes kan jugak... aku dah siap2 follow blog budak nih..

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID

Bahan-bahannya ( aku buat separuh bahan ini)
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit ( tak masuk sbb dah abes)
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara aku : ape daaaa renjis2, tak jadik ler , blom renjis kali ke dua dah hangus, aku just amek sudip yg ade lobang2, rendam myk panas, then rendam dlm tepung then celup dlm myk panas sambil goyang laju2 sudip, cara kedua aku siram nipis2 keliling kuali cam nak buat rempeyek, nnt leh pecah2kan)

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara aku : aku main belasah semua aku main blender kecuali, serai, lengkuas, garam gula n serbuk perasa ( aku guna Cukup Rasa Maggi). Daging aku blend separuh jek, yg lain masuk je dlm periuk. Kene pandai sukat gula ye utk sedapkan kuah.. aku ske ade manis2 sket...


Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Well, aku post entry ni pon sbb sepupu aku ade tapau mee rebus haji wahid nih, so bile aku comparekan aku msk dan ori mee rebus di beli ni, aku rasa AKU MASAK LAGIK SEDAP OIII .. KAKAKAKAKA.... ehem.. behave urself cahayer...

Pehtukan... ade plak minah ni nak sabotaj aku sbb dia kata mee rebus haji wahid adelah pak cik dia punya, that y lah aku gi besday anak dia ade mee rebus bagai.. rase pon familiar... heheh.... sori lah... MISZ ANIM.... rase tak serupe pon... budak yg membongkar resipi ni still tak dpt rase samer pon.. jgn takut.. sbb aku rasa mee aku lagik sedap... hehehehe

Sambung balik cite kat umah aku. Mak aku kata tumbs up... siap dia leh bagi jiran lagik.... adeh mak.. org buat 1/2 bahan jek, sbb ingat tak sedap.. hehehe.. so hubby plak hari ahad tu dia keje, siap semunyik2 kuah mee sbb takut habis.... huby pon kata... tumbs kaki up.. gagagagagagaga....

Masa cuti CNY pon aku kene kerah masak kat umah MIL aku... yang byk berulang ko tau sape? si biras aku yg bungsu tu.. adehhhh.. dia kata makan mee cepat lapo... ceh.. bagero


Annoying Facebook Status

Annoying Facebook Status

For people who have Facebook account I bet you guys read lots of nauseous, queasiness, annoying and irritating status from all your friends each and everytime you logged in. And I know even your bestfriend do that. Yeah it is true that freedom of speech should be uphold and it is applied in Facebook. But nowadays it seems that everyone is abusing and mistreating their rights to say.

There is philosopher, attention searcher, spoil brat, location updater, lyricist, politician wannabe n so much more. Everybody wanna be annoying. Even I sometimes did not realise that I have been kinda annoying. Guess annoyance is trending now. So today in the name of annoyance I would like to share the list of annoying Facebook status that I have encountered. For me annoyance is so subjective. I wonder if there is any freedom of not-to-know. I think it is listed under freedom of rights. By the way, unfriend button is created for a reason. Just in case you forgot.

"Kenapa la aku dilahirkan hensem lagi bergaya. Susah nak layan awek-awek selalu ajak dating ni. RIMAS!" (THE ANNOYING BASTERD)
"Mama, nak Blackberry!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" (THE GO GETTER)
"Chillin at Pavilion with Bedah and Senah." (THE LOCATION UPDATER)
"Moto gua laju, jom main sekilo." (THE REMPIT)
"lolololololololololol" (THE SUDDEN LOLER)
"Life is for people that are tough, cause life is tough and only tough people can live this life." (THE PHILOSOPHER)
"Babi! Pantat! Lancau! Nate! Sunni! Kunji! Pundek! Chu! Amput! Sohai!"
(THE 1Malaysia CURSE)
"Siapa takde kelas esok? Siapa? Siapa? Aku ada satu je" (THE QUESTIONER)
"Arggghhhh!!!" (THE ONE WORD MISTER)
"Sakitnya hati kena dump dengan jantan sial tu.Sumpah tak nak couple lagi"
(THE BOYFRIEND SEARCHER)
"Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang"

(THE LYRICIST)
"............................." (THE DOT MASTER)
"Liverpool will win this year! YNWA" (THE FICTION BELIEVER)
"Ada sesiapa tahu mana nak cari perempuan melayu terakhir?"
(THE KNOWLEDGE SEEKER)
"Just got home from shopping. Zara, Gap, Topshop, Guess, all invaded!"
(THE SHOPAHOLIC BRAG)

THE WINNER IS

"Menci uh bila owg kap itew uat aket aty, ase nak umbuk jew. ta uke"
(THE PELAT SPELLER)


# It is called status for a reason.

source : http://fromglassesandlenses.blogspot.com/

Friday, February 11, 2011

TIRAMISU ..Happy Ending



Sinopsis DramaTiramisu
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

sumber : gua.com.my

ni aku sambung plak dgn ayat aku sirik

Melur kebetulan bertemu dgn Zain (Zoul Ariffin), sejak itu Zain cuba rapat dengan Melur. Jadi Faris beralih arah pada Lyana. Sejak itu Melur asyik mention yang dia dan Dani only friend. Padahal dalam hati still ade taman.

Kemudian Dani bertemu dengan Tina (Fouziah Gous) sehingga mereka merancang mendirikan rumahtangga, tetapi Melur mensabotaj perkahwinan mereka kerana dia rasa dia berhak bersama Dani berbanding Tina.

Last2 Dani memilih Melur dalam hidupnya...

Hahahahhahaha.. tak complete aku cite.? kalau nak complete tengok sendiri dekat www.tonton.com.my


My comments

Sangat teruja dgn pelakon utama. Pelakon layar perak bertemu di drama. Cite ni macam ala2 My bestfriend's wedding. Kalo aku jadi Melur pon tagih janji.. heheh... Suke jugak watak2 pembantu, Benny pon kelakar, tak boleh simpan rahsia, Zain asek tayang macho tahap tak boleh blah aku tgk.. Faris and Lyana couple yg secocok pada akhirnya... Tapi watak yang aku rasa dorang ubah secara drastik ialah watak abg ipar Melur. Arwah Faizal Yusoff. Tgk awal cerita mmg kelakar watak dia yg asek tak de duittt jek... Aku tak rase cite ni awal2 begini, mesti dorang buat rombakan setelah pemergian beliau... tiba2 jek akak Melur and suaminya pindah keluar, lepastu cerai and ade anak satu.... hmmm... sedih.. kalau watak arwah ade lagik, lagi berseri cerita ini.

oklah... aku bagi 4.5 star dari 5 star.



Senarai Pelakon Drama Tiramisu.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah


Sharifah Amani (Melur)

Pierre Andre (Daniel Mirzan)
Tania Hudson (Liana)
Shiela Mambo (Puan Gai)
Rahhim Omar (Pakcik Sam)
Zain Ruffedge(Faris) Zoul Ariffin (Zain),
Fouziah Gous (Tina)
Angel Nazri (Benny)
Arwah Faizal Yussof (Alias)
Dira Abu Zahar (Intan)
Mia Sara Nasuha (Ayesha)



dan watak2 yang seperti di bawah ini.. lupe plak nama dorang.. hehe

Kat bawah ade beberapa gambar dalam beberapa babak dalam cerita ini..



Dani tengah fening memikirkan kenapa Melur sabotaj wedding dia.




ni time dalam mimpi Dani.. hehhe




ini masa intro drama ni....


Liana tgh nak kena kan Faris jadi driver dia ke sana sini


ni mak paten.. hihih


discusion Tina and Dani kat bakery shop Dani


ini Zain... tie 1st2 jumpa Melur.. tgk mucles dia.. pergg x boleh blah


mak ayah Tina


Happy Ending.. Dani dan Melur disatukan


Saya sgt puas hati dgn drama kerana ini tak pernah membosankan.... GOOD JOB


Wednesday, February 9, 2011

Cuti CNY 02.02.11 - 07.02.11


malas tol nak apdet sbb keybot ni hurup M dgn B ade prob.... sorilah kalau ade word yg terpelik sket macam.... ak.... ekceli mak... gitulah yep... aku sedaya upaya checking spelling nnt.

Aku cuti dari 2hb, biase tiap tahn kene keje eve cny, tp kali ni tutup... b4 tutup opis org HQ memokak nak report mesti email 7hb. Perancangan cuti ni mmg hampas. kompem punya dok bercuti 4hari 3 mlm di rumah mentua. 2hb aku gi klinik luar kat HSA, Raesa batuk kahak... so aku sampai umh MIL ptg lepas hantar mak n zahid kat umah abg aku kat pontian. Mak aku surendder lah, malas nak ajak gado aku soh stay kat umh.

b4 sampai umh mentua aku, aku singgah mcd, bli ayam spicy 1 set for huby, 1 set regular for sape2lah dgn bubur. Tapi yg regular kene mkn otw gi umh mil. tinggai peha jek. Sampai sana ade mak mentua aku @ mil, iras bungsu n ank dia 2 org. Sengan nak mkn depan dorang.... tp last2, budak2 bukan tahu... dorang hangkut gi depan mak dia... so aku bg peha aym tu, bubur utk Raesa, yg spicy simpan utk huby.

Soknya kamis, ade tetamu lak... tak kenai lah... tp cam haram lah dia kata biras aku tu anak aku.. cibai.. tau lah ko jenis kecik2 gatal nak kawin, ank dah besor ranjau... so.. silelah biras aku tu serve air.. mls aku.... lagipun aku dah masak mee rebus... ptg lak abg ipar aku sekorga dlm... ni yg aku benci, rumah dah sesak. baik aku tak yah tido sini.... tapi oklah.. bini abg ipar aku tu pagi2 jadik bibik, ayam aku beli tu dia buat kari, peh tu buat roti jala.. byk ko.... nasi grg, pastu asam pedas dia mmg mabeles... so mmg makannnnnnnnnnnn jelah seharian tu... mencik...

Aku dah war-warkan... sabtu aku kerja... ye aku kerja sbb nak buat report, so isnin aku leh senang lenang.. hehehe.. tapik, hari jumaat dorang pakat balik.... haram btollah.... so aku kene buat plan B. pas huby salin pempes mak dia, aku semua balik, sok pagi huby hantar aku keje, pehtu hubby dtg utk mandi kan mak dia... Nasib ade ank sedara 2 org.. kalo tak ... kompem tak balik n aku tak keje...

Pastu aku nak balik mlm sabtu pas huby salin pempes mak dia, tp tiba2 mak dia kata, soh masukkan kete aku dlm park... alamak... wa park luar senang nak balik nnt.... so kol 12am baru aku masukkan... RAesa tak tido2.. layannnn..

Ahad, kol 8 aku dah kuar, gi bli perata, n bli bahan nak masak nasi ayam. gitu2 kol 11 lebih siap... tk lama kemudian, si biras bungsu dtg lagik, umh dekat sgt... main2 belon air... mkn2... pehtu ank sedara aku dpt call dari mak dia, soh dtg besday ank dia lepas zohor.. hoiyehhhh.. inilah masa yg aku tunggu2.. balas balik... kakaka.. masa besday ank aku ko tk dtg... so aku ckp.... oh tak boleh.. nak amek mak kat pontian, patut pagi dah pergi... ekeke... hubyy aku tau aku kelentong.. tp dia diam... lagipon dia demam.

Aku pon cepat2 berangkot brg nak balik... hubby tak byk tny, terus balik, tau tak yah amek mak aku sbb abg aku kat pontian akan hantar... kekekek....

So itulah percutian aku yg memboringkan... no vacation2... just 4d3n at Desa Harmoni Garden.. akakakaka.. bossan haku.. wekkk



We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers