Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, October 29, 2008

Cuti from 24-27 Oct 08





Bosan...................4 hari yg teruk aku penah aku lalui..lebih2 lagik hari jadi aku pada 25hb. Kalau boleh pusing masa.. aku nak pusing b4 puasa.. b4 aku jemput2 awal2 org gi open house kat umah aku. Selain hari jadi aku.. mmg tak bagi tau besday aku tapi aku nak raikan sendiri.

24hb - aku cuti.. tapi aku amek mc tu pon mc 22hb punya aku otter ke 24hb.. giler kan. Aku belanja at tghari, brg kering jek dah dekat RM300, daging kambing RM49 dgn lembu RM55 total RM 104. Pastu sayur jek Rm18. Buahan RM30.70..70sen pun tak bagi kurang. Beras mak aku dah beli, lain2.... aku dah tak kira... Aku siap agak utk 150 orang yg dtg.. yelah ramai janji ape.. kawan form 5 aku, budak kolej dan tempat keje hb aku. blom masuk member mak aku.
Malam aku gi bli ayam plak... 10 ekor dah RM80++, pastu ade bli lagik brg yg tertinggal2. Balik aku tgk lepat loh dgn burasak dah siap bungkus tinggal ikat dan rebus, pas tu aku bersih kan ayam dan goreng mlm tu gak sbb esbox tak muat kang. Tau2 dah kol 3 pg.. besday aku dah lepas dah... tgk hp.. ade msg hepi besday fr Alice, asst aku.... b4 tdo aku mandi ... penat nyaaaaaa

25hb - it's my besday.. bangun kol 6lebih, buat bekal laki aku just telur masak kicap....aku dah merajuk kat hb aku yg tak wish kat aku.. mlm tadik oklah.. dia cam tak sihat.. tido dari kol 9 lebih..lepas bli ayam smlm. pagi tu dia buat derk jek.. until dah hantar keje..aku msg dia... pujuk aku pun pakai sms jek.. dah lah.. aku bz... terus gi pasar.. mak nak bli santan dan beberapa lagi brg yg lupe nak bli lagik.. tak tahu lah dah habis brape... aku tak tahu pun mak aku nak buat siang.. suke2 dia jek.. dia ckp.. member dia buat siang... aku cuak tgk ayam 10 ekor cam skettt jek... aku bising kat mak aku kenapa tak panggil mlm jek.. senang keje.. ni siang ..kang tak putus2 org... penat nak buat keje... mula2 member2 dia tak dtg.. boleh plak mak aku gi kuar canang soh dtg umah.. ah sdah... penat siot.. kalau dtg sekelepuk tak pe.. habis segroup dtg.. dtg lagik yg lain untill smpai kol 5 lebih tak habis... jadi nya aku masam muka dgn mak.. mak tau aku marah.. lagik2 aku nmpak mak gi tapau2 utk member dia.. mee hoon goreng tak goreng lagik... baju raya tak gosok lagik.. ingat nak pakai sedondon ngan hb... at 5.30pm aku goreng mee hoon yg mak aku dah rendam dari mlm tadik.. so mee dah bau.. dah lembik sgt... aku goreng gak..ah sudah.. mee bancau... lembik cam dah basi... aku tinggalkan mee tu.. gi mandi.. pakai baju lama jek.. bukan kurung ar... amek hb.. b4 tu aku dah call.. cite pasal ketidakpuasan hati aku terhadap mak yg degil.. hehehehehe....aku mintak cousin aku tlg settle kan meja sbb mungkin hb aku bawak member terus balik umah. Sampai sana hb aku member dia tah mane tah dah hilang... so hb kata mlm pas magrib jek dorang dtg kot.

On the way balik aku bli mee kuning 2 bungkus, sampai2 umah aku goreng.. siap jek dah kol 7.30pm... Alice dah sampai dah... adoi... spiesis tak tahu magrib langsung... aku pun settlekan keje cpt2, jamu dia makan, pas tu ingat nak lari solat, eh.. dtg plak member gym dua org.. wah... tak sembahyang magrib gamaknya awal dtg... so dgn aku2 sekali lepas magrib.. Pastu dtg member skit jek.. member hb aku tak nmpak langsung.... abg dan kakak2 aku pun dtg... adik ipar bungsu aku bwk bini dan anakserta anak2 sedara dia .. so kalau kira semua tak sampai 50 org.. ko bygkan.. nasi byk lagik.. lauk pun... member kolej yg berdegar nak dtg.. hanya bestfriend aku jek dtg... lain hampeh nak mampos... giler ar... tak tepati janji... ni dia katakan kawan?.. kawan aku time form 5 jek oklah... boleh tahan, tapi yg jauh dtg.. yg dekat jek hampeh..... sedih aku.. sedih sbb dosa kat mak aku sebab berperasangka buruk, sedih dengan kawan2 aku g mungkir janji.. dan sedih... tidak berbaloi ape yg aku buat 2 hari ni... dlm diam2 aku buang sedikit makanan dlm tong sampah... agar mak tak mennyindir aku kerana byk yg tak terluak. Nasi aku tak bleh buang.. rasa tak sanggup nak buat... aku tido kol 2am... sedih mengenangkan ape yg terjadi... hb aku pun sama.. rasa... aku takkan buat lagi open house.. hb pun kata begitu.. mungkin Allah nak balas aku dgn cara kurang ajar dlm diam aku kat emak aku.. atau dah menjadi trend sekarang.. saling kunjung mengunjungi sesama kawan sudah tidak ada lagik....

26hb - Aku kemas dapur.. sampai ke mop lantai dari depan ke dapur... periuk nasi aku tak sentuh lagik.. tak sanggup.. penat giler... sambil2 basuh baju... jemur baju... sarapan pun ns beriani tu jugak... panas lagik sebab api kecik tak padam.. panaskan lauk....pukul 12.30pm dah settle semua... mak still buat muka marah lagik.. buat muka tak tegur aku... nak aja aku minta maaf time tu jugak kat mak aku.. tapi biarlah dia sejuk sendiri... hb dah tdo semula... aku pun ikut sama.. dekat 2.30pm aku terbangun terus mandi dan solat... dlm 3 lebih hb ajak gi umah Lan tgk mak dia. B4 pegi mkn ketupat ngan lepat loh dgn ayam merah dan rendang. Aku suap hb aku sambil tgk tv... mak still cam tu lagik.. bwk diri kat buai dgn cucu dia... pas solat Asar mak ikut kak ngah gi open house, aku pun gerak ke Desa Harmoni.. Sampai sane cuma ade Mazni jek teman mak.. baguslah si Kintan tu tak de.... sakit mata aku jek.... ingat nak relax2 jek umah tu.. sekali kene tido sekali daa..... Kak Ra dtg masak mee hoon goreng...

Sepatutnya aku ke majlis perkahwinan Sheeda..tapi aku tak larat... mlm tu patut gi open house umah mak Azmah tapi pun tak larat.. dan beraya umah Ernie pun batal sbb dia balik kampung ade hal. Aku mmg dah gosok baju b4 gerak.. tapi tinggalkan jek sebab semua dah cancell...

27hb - So ingat Deepavali aku just relax2 kat mah Lan. tapi tghari dorang ajak gi Benut yg dorang batalkan tu.. aiseh.. tapi aku ade mood plak nak gi... pagi tu masak ns goreng dan panaskan mee hon goreng Kak Ra yg tak habis sepinggan semlm. Aku balik umah jap.. amek baju yg dah gosok semlm, mandi dan bersiap.. gi balik Desa Harmoni.. tak siap2 lagik dorang termasuk keluarga abg ipar aku lom sampai2 lagik.. aku bwk kek coklat belen aritu.. ygmelt kat mulut tu.. sampai tak cukup2 dorang mkn.. biler dgr dorang komplen masakan hari tu sedap2 belaka.. aku tak hepi langsung... pandang hb pun dia sepi jek.. Sampai Benut parit Betak umah bekas akak ipar hb aku (cerai mati). Tahun lepas dtg sbb dia nak berangkat ke Makkah.. mintak dia doakan agar aku dan hb dpt zuriat.. tup2 aku dtg.. dia yg bulat... dah nak tggu due jek.. aku cam elak2 tgk muka dia.. kuang berbual... segan sendiri.. dan cara dia pun paham perasaan aku... kat sana mkn ns, lauk ikan cencaru masak lemak , sotong sambal, sayur dan soto sket... konyang lah jugak... siap gado2 budak2 rebut sotong.... kol 5 gerak balik.. abg ipar aku bwk innova meninggalkan jauh wira buruk aku nih... ah.. lantaklah... tapi disebabkan kepandaian adik ipar aku ...ade plak shortcut.... tgh aku bukak pagar umah Lan (laki bini tu dah berambus gi Adeela sejak sabtu lagik ) abg ipar aku pun sampai.. hehehe... lambat jugak innova ni ek.... Kol 8 lebih laki bini tu balik.... dekat kol 9pm aku gerak balik.... mandi, solat dan tido dgn nyamannya bersama hb...... sok nak keje......

Kampung Baru Plentong Tengah




1985 - Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 - KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 - Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 - Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 - Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 - Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 - Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 - Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 - Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.1993 - Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 - Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.
1994 - Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 - TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 - Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.
1997 - Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 - Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 - Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).1998 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 - Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 - Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 - Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 - Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 - Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
2008 Oktober - Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.
2008 Oktober 16 - Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.


27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh
Abdul Rahim Sabri Oct 16, 08 11:51am
kemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.
Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.
Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.
Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.
Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan. Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah










JOHOR BAHRU 16 OKTOBER (SK)- Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa supaya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penjelasan segera mengenai insiden perobohan kawasan perumahan penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, AMK begitu kesal dengan kebaculan polis yang sanggup mengerah tenaga sehingga mengancam nyawa warga Kampung Plentong Tengah sehingga mengakibatkan 27 individu ditahan dan beberapa individu termasuklah ketua dan imam kampung cedera dan dikejarkan ke hospital.
“Kebiadapan anggota polis dan samseng upahan mengasari warga emas, wanita dan anak kecil yang berhimpun mempertahankan hak mereka adalah sesuatu yang di luar perikemanusiaan,” tegas Shamsul yang turut berada di tempat kejadian.
Polis dan juga FRU dengan kekuatan seramai 500 anggota bertindak nekad merempuh benteng manusia yang dibentuk di kalangan warga kampung dengan bantuan AMK serta Pemuda Pakatan Rakyat.
Pimpinan AMK khususnya AMK Johor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat telah berkampung di Kampung Plentong Tengah sejak 15 Oktober lagi sebagai sokongan moral untuk mengelakkan Kampung Plentong Tengah dirobohkan oleh pihak pemaju.
Apa yang lebih menyedihkan, menurut Shamsul, ialah ketiadaan hatta seorang pun pimpinan Umno termasuklah ADUN dan Ahli Parlimen yang selama ini begitu hebat melaungkan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan menobatkan Johor sebagai kubu kuat Umno.
“AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan ADUN Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.
Jika inilah sikap bacul yang ditunjukkan oleh pimpinan Umno-BN, jelas terbukti bahawa mereka pengkhianat Melayu yang sebenar,” tegas Shamsul.
sumber : Suara Keadilan
















Thursday, October 23, 2008

Ada apa dengan semalam dgn hari ini.....

Semalam balik keje terus gi umah abg ipar aku, nak amek meja lipat yg aku guna utk ngajar tuition dulu, pastu nak pinjam pelita utk open house umah aku tapi lupa plak, salah timing aku dtg, time tu jugaklah org nak sembur nyamuk, alah.. yg sembur naik putih dunia tu.. aku lari dlm kete dgn anak sedara hb aku, ade sikecik, takkan nak biar dia hidu plak. pas sembahyang magrib, Kak Ra plak nak kuar gi daftar nama utk pindah umah. Kene lah tunggu, tak lama pastu adik ipar bungsu aku dtg, ler.. ade appointmnet ngan abg dia rupanya, patut hb aku beria2 nak gi smlm, sekali cuma nak ckp pasal kete . Selain tu biras aku lak nak tayang rambut baru dia, wahahahahaha.... boleh lah.. dah macam amoi ireng (gelap)...whahahahaha.... tapi jangan terperanjat, aku dah potong rambut dulu, dia terperanjat gak, aku dah potong rambut dulu...

Aku balik lebih kurang pukul 9.30pm.. paling best sekali misi gi Benut dibatalkan, sonoknya, so..bolehlah aku gi rumah sheeda ahad ni.. dia kawin.. insyaallah aku pergi.... mlm lak gi umah Azmah dan Ernie... Si Siti plak sengal, sampai sekarang tak boleh buat decision aku n Ernie leh dtg ke tak umah dia, tau lah baru kawin, aku baru kawin pun tak sebz dia dulu.. Ada gak masa utk dgn member2 berkumpul... lantaklah... rumah aku pun dia tak dpt dtg sbb ade team building anjuran company dia, kecoh lah minah ni... Anyway ahad ni... umah kat plentong dah sebok2 nak pindahkan barang... boleh lah aku gi kerah tenaga tolong kat saner..

Hari ni lak... best woooo..gi makan kat Daiman 18, boss aku belanja, walaupun ada budak baru tu tak datang..bolayanlah yek.. dah lah tak tepon sbb tak dtg.. kalau asek sakittt jek.. ade harapan boss aku tak comfirmkan dia... so kitaorang pergi sembilan orang jek.... mkn cam hape jek.. aku mmg suka chinese food, menu tadi, udang kari indonesia, ikan merah sweet n sour, sotong goreng tepung, abalon taufu, sayur togeh campur apetah.. dgn ikan masin, byk lagik lah sampai ke dessert buah dia... kira perut keras ar makan kat situ.... so skang mmg mengantuk...

Tak de bende gamba yg best nak share... chow...

Wednesday, October 22, 2008

Kejutan

Memang beri kejutan betul2 ar... open house sabtu ni.. aku jemput semua member2 aku form 5 dgn budak2 ITTAR.... aku bersedia sahaja, dah 4 tahun tak contact.. mesti macam2 dah berlaku... boleh dikatakan 98% member aku lama tak contact dah ada anak.. malah..ingat tak kawin2 lagik.. siap dah beranak pun ada... kalau satu tak pe.. dua lagi... terkedu aku.. aku rasa aku jelah yg belom ada anak. yg baru kawin macam ct dan akan kawin kawin macam sheeda tak pelah.. tu bakal2 dpt anak. Sorang sahaja lom beranak tapi kejutan dia.. dia dah kurus.. dulu berat 80kg++ tapi dia kata dah 55kg ... paling tak sangka dia terus makan biodex dari dulu lagik.. jeles aku dgr.. tapi nak wat camner.. sabtu nilah.. kitaorang berkumpul bertukar cerita... ada yg pround as a mother, as the wealth wife for her husband.. aku je macam tu... hopefully sgt2, bulan ni menjadi.. menjadi ape.. jadi anak ar.. aku sgt2 harap.. dgn period aku yg dtg natural pertama kali setelah 8thn... aku harap2 sgt dpt hamil kali ini... harap2 bila dah bertemu tahun ni, tahun depan kalau dorang buat open house mesti jemput aku.. aku harap2 sgt aku dtg dah bertiga.. kalau kembar berempat lah.heheheheh.. mane tahu ovum aku dah bertahun2 tak kuar.. kuar ramai2 hehehehehe......

anyway aku tgh kenoning ni.. pening dan mabuk pas mkn ubat batuk, pagi td gi klinik, takut time opis batuk teruk, bila dah makan ubat batuk terus down. Aku tido jek dari tadi, boss pun tak de. aku dpt mc tapi aku tak cuti today, nnt aku otter ke24hb heheheheh.. bukan dorang tahu pun. aku keje jek today.. bukan buat ape pun.... oklah..nak sambung tido kebaring ke.. rasa nak angkat jari pun tak larat, tapi ni berderu semacam jek... poning lah..............




Monday, October 20, 2008

E322

Boss aku baru balik dari Vietnam... buat ape tah tak tahulah... as usual kalau balik oversea dia bwk balik buah tgn.. biaselah..coklat, b4 gi Indonesia, pun bagi coklat... tapi coklat ni dari Vietnam.. huh..was-was aku rasa dah... memang ler peberet aku nih..siap dark coklat... aku dah bukak dah.. tinggal cungkil coklat tu keuar dari kotak.. tiba2 baik aku cari maksud E322

E322
Lecithin

Lecithin is present in all living cells and is a significant constituent of nerve and brain cells.

Pure lecithin is white and waxy and darkens when exposed to air. Commercial lecithin is brown to light yellow, and its consistency varies from plastic to liquid.

Commercial lecithin, most of which comes from soya bean oil, which may be GM, contains a mixture of phosphoglycerides containing principally lecithin, cephalin and phosphatidyl inositol. Other sources are egg yolk, from where it was originally obtained, and leguminous seeds, including peanuts and maize, which also may be GM. As it can also be obtained from animal fat, vegetarians should be careful.

In cells lecithin protects the membranes and the polyunsaturated fats within the cells from oxygen attack.

As an emulsifier it lowers the surface tension of water allowing the better combining of oils, fats and water in such foods as chocolate, ice cream, margarine and mayonnaise. In bread and bakery products it increases volume and also acts as an anti-staling agent thereby extending shelf life.

In margarine it has the added advantage of preventing water leakage, so preventing spitting when frying, and protecting beta-carotene (E160a Vitamin A). In chocolate it allows a reduction in the cocoa butter content, prevents crystals forming and reduces viscosity (see E476). Soya lecithin has the same binding ability as egg yolk lecithin and can be used in place of eggs in many products. It also helps powders mix quickly and easily in milk or water.

Lecithin is also a good synergist to antioxidants in fats and oils so is often used in combination with them.

For a time it was thought that lecithin supplements could help Alzheimer sufferers but this line of research did not lead anywhere.


Lecithin

From Wikipedia, the free encyclopedia

(Redirected from E322)
Jump to: navigation, search

An example of a phosphatidylcholine, a type of phospholipid in lecithin.

Lecithin is any of a group of yellow-brownish fatty substances occurring in animal and plant tissues, and in egg yolk, composed of phosphoric acid, choline, fatty acids, glycerol, glycolipids, triglycerides, and phospholipids (e.g., phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, and phosphatidylinositol). However, lecithin is sometimes used as a synonym for pure phosphatidylcholine, a phospholipid that is the major component of its phosphatide fraction. It may be isolated either from egg yolk (in Greek lekithos—λέκιθος) or from soy beans, from which it is extracted chemically (using hexane) or mechanically.

It has low solubility in water. In aqueous solution its phospholipids can form either liposomes, bilayer sheets, micelles, or lamellar structures, depending on hydration and temperature. This results in a type of surfactant that is usually classified as amphoteric.

Lecithin is sold as a food supplement and for medical uses.

Lecithins may also be modified by a process called fractionation. During this process, lecithin is mixed with an alcohol, usually ethanol. Some phospholipids have a good solubility in ethanol (e.g., phosphatidylcholine), whereas most other phospholipids do not dissolve well in ethanol. The ethanol is separated from the lecithin sludge, after which the ethanol is removed by evaporation, to obtain a phosphatidylcholine-enriched lecithin fraction.

Dengan rasa was2nya aku ..tak tergamak nak mkn.. so aku bagi kat Alice assistant aku.. maleh aku nak fikir.. berapa sedapnya dark coklat...








We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers