Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, April 22, 2009

PENANTIAN BERAKHIR..

Aku mls betul nak taip walaupun aku gembira sakan... aku ngantukkk je kat opis... isnin lepas aku beli upt clearblue yg digital... kalau tak preggy kuar word not pregnant, tapi kalo preggy.. kuar word pregnant... aku terperanjat besar bile aku wat isnin lepas kat opis... positive.. tapi aku tak mo hepi2 dulu aku gi scan semlm... jawpan yg sama... even kantung bb lom jelas sgt... tapi upt yg line tu positive.. ade double line.. aku disahkan pregnant 7minggu++.... Alhamdullilah... walaupun aku skip IUI... Allah nak bagi juga aku rezeki.... inilah hadiah Ulang Tahun Perkahwinan aku yg ke 5 yg amat bererti dlm hidup....

P/S : pada sepupu aku Suhaila kat jepun... jgn bagi tahu sape2 kat family ko... sbb apsallah hb aku nak senyap dulu.. nak suprise kata dia.... harap ko faham ye.... tqqqqq

Thursday, April 9, 2009

2 hari yg happenning

On 7th, Selasa lepas, aku cuti emergency.. hb aku demam mengejut... balik keje ari senin dia dah kata tak sedap badan... pas isyak jek terus tido... start tgh mlm dia merengek2 kesakitan... badan dia panas sgt2... aku tak amek pusing gak... ckp kat dia sabar2.. sok sy anta gi klinik... pastu sambung tido.. tapi mmg tak tido nyenyak lah.. last2 kol 4 pg aku bangun wat kan dia air roselle utk sejukkan dia... kol 8 pg jek terus aku siap2 nak anta dia gi klinik... minta dia inject sekali.. kalau tak dmm dia akan meleret2 keseminggu kang... so dekat tghari panas dia dah kurang 70%.. baik punyer ubat doktor bagi kot... hari tu gak besday mak aku.... aku dah tempah kek dgn Nina kat Pasir Gudang... aku pun gerak ditemani oleh anak sedara aku, mase nak turun highway jek... abis... jammed... aku dah terlajak.. tak leh wat ape2.. teruskan jek.. naik lenguh kaki aku...almaklum kete manual... dekat 1/2 jam, Giant pun aku tak lepas lagik.. tiba Giant jek aku kuar dari highway pasir gudang utk ikut jln masai lama.. sekali.... my God.... lagi haru biru.... nak wat ape lagik.. jln jelah.. nyesal ikut situ.. sbb jln satu jek berbanding highway 2 jln... memang aku main gear 1 jek... sampaikan bau hangit... mampos... aku doa2 adelah jln short cut.. tup2 ade.. hb aku penah tunjuk ikut short cut... tibe jek gear 1 aku tak bleh masuk.. siot tol.. aku main redah jek jln short cut.. ikut jek lori depan aku.. aku tau dia pun cari jln short cut... Short cut bukan bermakne kuar dari jammed giler tu.. tapi aku dpt potong doranglah... gi lorong paling last jln pintas tuh.. aku dahlah seram kete bau hangit, call hb .. dia ckp mungkin aku tak tekan clucth habis2... ya betollll... pas aku tekan habis clucth barulah gear 1 aku ok dan bau hangit makin kurang dan terus hilang... and dah dekat2 pertengahan jln.. barulah aku nampak lautan manusia dari jauh... eksiden ke... aku tgk tak nampak pun lori terbalik ke kat highway... kat jln lama pun tak de eksiden... tgh2 aku jln tempat dorang beramai2 tuh.. ramai wartawan, polis dan kaki sebok yg buat jln jammed. polis dah tutup semak kat situ.. aku nampak ade satu pakcik bwk motor kasi signal macam kerat2 leher,, dan leher tercabut.. hohohohoh... aku tak amek punsing, pale aku dah pk nak sampai ni bilerlah...dah dekat masai.. nina dah call, sbb dia nak kuar.. ish cik kak nih... aku dah lah pakai redah jek dtg umah ko... dia tak tahu aku dah berpusing2 kat tmn dahlia sana.... akhirnya aku sampai dan byr kek dia dan blubery cistat dia... blubery cistat dia aku kata.. sedap giler.. sbb pestaim aku mkn cistat cam tu.. jakun seh... dan.. time balik.. aku terpakse redah lagik jammed.. cis cis.. so esoknya kuarlah berita depan Metro as below..

JOHOR BAHRU: Disebabkan keluarganya tidak mampu membayar wang tebusan RM15,000 dituntut penculik, seorang jurujual kereta dibunuh kejam sebelum dicampak di kawasan semak di Kilometer 32, Jalan Pasir Gudang/Jalan Masai Lama, Plentong, dekat sini, tengah hari semalam.

Mayat R Ramesh, 33, ditemui dalam keadaan mengerikan, termasuk jari kelengkeng tangan kanannya dipotong selain terdapat kesan luka pada leher dan perut kanan disyaki ditikam menggunakan benda tajam.

Mangsa sebelum itu dilarikan sekumpulan penculik di rumah ibu bapanya di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini, malam Sabtu lalu.

Kumpulan penjenayah terbabit meminta wang tebusan di luar kemampuan keluarga mangsa menyebabkan dia dibunuh sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan berkenaan.Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ragavan, 50-an, berkata kumpulan penjenayah berkenaan menghubungi keluarganya beberapa kali meminta wang tebusan sebagai syarat pembebasan Ramesh.Bagaimanapun, keluarganya hanya mampu membayar RM3,000 kepada kumpulan penjenayah itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank seperti diarahkan.

“Kami terdesak dan merahsiakan kejadian anak saya diculik sejak tiga hari lalu daripada polis semata-mata mahu dia pulang dengan selamat, namun tindakan kami meleset apabila Ramesh ditemui mati dibunuh dengan kejam.

“Saya tidak menyangka kumpulan penjenayah itu sanggup bertindak kejam apabila kami gagal membayar wang tebusan RM15,000 seperti diminta walaupun membayar RM3,000,” katanya.

Apabila dimaklumkan seorang rakan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak tengah hari semalam, Ragavan terpaksa memberanikan diri ke lokasi kejadian dengan harapan mangsa bukan anaknya.

“Namun, berdasarkan beberapa identiti mayat berkenaan, termasuk mempunyai tatu pada badan dan berkulit cerah, saya sudah menjangka ia adalah Ramesh,” katanya yang mengecam mayat mangsa di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Ragavan membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tengah hari semalam mengenai penemuan mayat seorang lelaki.

Menurutnya, orang awam menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan tertiarap.

Katanya, pemeriksaan mendapatinya mayat memakai seluar denim, berbaju kemeja merah selain mempunyai beberapa kesan luka.

“Di tempat kejadian, seorang lelaki yang tinggal di Johor Jaya memberitahu anaknya sudah hilang sejak tiga hari lalu dan tidak pulang ke rumah. Dia juga mengesyaki mayat ditemui itu anaknya.

“Motif pembunuhan masih belum diketahui dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Gambo tak yah lah.. dorang cover sume.... sampai kg melayu kol 5.30pm terus order satay 110 cucuk.. parti besday mak aku stat pas magrib.. semua beradik aku ade... mak masak rendang ngan pulut kuning, satay ada, mee hoon akak ipar aku bwk, kek akulah.. dan ape tah lagik.. hb aku tidoooo jek dlm bilik..sian dier... aku tak dpt tangkap mak aku potong kek sbb huru hara anak sedar aku yg lebih 20 org kerumun meja.. sempat amek kek jek... kitaorang bagi mak present stand mixer....


Soknya yg happenning ialah sbb hari cuti.. sultan johor's besday... wahahahah..maksudnya hari tido sedunia.. wahahahaha.... pagi sempat ziarah kubur arwah abah aku.. 3/5/09 masuk 16thn dia meninggalkan isteri dan ank2nya... pastu balik rehat2kan diri dan tido.. hb just makan bubur jek.. sonang keje...... oklah mahu balik.. dah pukul 6.15pm...





Monday, March 30, 2009

60 Earth Hour

Korang padam tak lampu satu jam Sabtu lepas? 8.30 mlm - 9.30 mlm?

Earth Hour ialah kempen tahunan anjuran WWF (World Wildlife Fund) dengan memadam lampu selama 1 jam. Kempen Earth Hour ni bukan kat Malaysia je... kempen ni mendapat sokongan dari pelbagai negara di serata dunia,antaranya USA,Denmark,Australia,Filipina,France dan banyak lagi...Kempen ni mengharap pada tahun 2009, penyertaan akan mencecah 1 billion bermakna 16% dari seluruh penduduk dunia membantah gas CO2 berleluasa.

Tapiiiiii... ramai yg salah sangka pasal kempen nih.. dorang ingat kene tutup semua letrik... aku mula2 pun ingat camtu... rupanya tutup lampu jek... so 8.30pm aku dah tutup lampu.. saing dgn jiran depan tutup lampu... lampu tv jek terang benderang tgk dari jauh... then ade satu bengkel motor pun tgk keliling dah tutup lampu.. dorang pun tutup lampu.. tapi tu jelah yg tutup, yg lain hampeh... aku gi tinjau2.. terang benderang umah dorang.. aku walaupun tak dpt2 nak daftar, aku buat jugak.. tah apsal tah lama web EH tu tak leh masuk2... tapiiiiiii.. tapi lagik... lagik 10minit nak dekat 9.30pm.. abg aku dtg dari pontian nak amek mak aku gi tido umah dia... sampai2 dia kata.. apsal?.. tak byr bill ke? cet... pastu.. dia kata..sepanjang dari umah dia..tak de langsung yg tutup lampu.. betul ke? kalau betul aku hampa lah dengar... abg aku kata semua mall yg besar2 pun tak amek port... dia ckp bakpe tutup.. org lain pun tak tutup... aku jawab..kalau semua org ckp camtu.. mmg lah tak de yg akan kempen lagik...

Smlm pagi ikut hb gi driving school, org sana soh dtg.. sampai sana dia just cakap soh dtg hari rabu utk test... perggg...menyirap hb aku.. macam tak bleh ckp dlm tepon jek.. hb plan nak BRUNCH makan asam pedas claypot kat tmn mount austin... tp masih pagi plak, ingat lama kat driving skool, so aku ajak breakfast jek kedai dekat2 situ... lagipun aku nak singgah umah kawan aku nak amek sauna aku... takkan pagi2 dah nak gi umah org... sekali kedai aku gi tu kedai asam pedas jugak... aku tgk.. dorang cam dah susun menu2 cam makanan utk lunch... hmmm mmg pun.tuan kedai kata hari ni tak de sarapan.. terus lunch.... ah sudah... kene plak asam pedas ikan merah... hb kata layannnnn... amek isi ikan merah sorang.. rege dia RM6, pastu amek pecal jek, tupun just jantung pisang,tempe goreng ngan bendi.. semua sekali RM17... hmmm.. kensel nak mkan asam pedas claypot kat tmn mount austin.... asam pedas ni aku rase tak sedap sgt.. cam ade manis2 sket... tgk cam indon jek masak...

Pastu gi umah kawan aku... anyway umah mak dia..kawan aku CT dah pindah sejak kawin bln 8 thn lepas... mak dia ade, tapi dia kata Ct dah bwk sauna ke rumah dia... hmmmm.. pandailah Ct cari aku,,sbb mak dia dah call dia tapi tak dpt...mak dia kata Ct dah berisi.. dah 5 bln... akhirnya... bestfriend aku yg kawin lewat 4 thn dari aku pun dah pregnant... so... tiba2 jek aku ngan hb rase down sesangat... sampai nak gi Court Mammoth sampai tak boleh nak pikir jalan mana nak lalu... hb aku just wat lawak2.. oklah... tak mo pikir bukan2lah... sampai CM nak tgk rege stand mixer for my mum's birthday... ingat nak tong-tong ngan kakak2 aku.... kek aku dah tempah ngan Nina from Sweetlily blogspot... termasuk bluberi cistat... disebabkan perut kenyang semacam aku naik tingkat atas cam dah nak muntah dah... hb nak gi urut kaki pakai mesin Ogawa... opsss sori... promotion dorang dah abes.. dah tak de dah... cis cis... bile nak muntah... pening2..aku terus ajak hb balik umah dulu.. padahal kene terus gi umah mertua aku... balik umah dlm kol 11 lebih.. tido sampai zohor... pas solat aku bakar puff pastry berintikan belen inti karipap 2 hari lepas... tgh tggu.. Ct pun dtg dgn anak tiri dia.. well... sape sangka dulu dia very boyish time kat kolej.. sekarang very lady...dah nak jadik mummy plak tu... sempat gak aku gosok perut dia.. mane tahu virus dia melekat kat aku.... kol 3 lebih aku baru gerak ke umah mertua aku... tajuk utama sampai sane Earth Hour... teke dah.. dorang ckp ape.... bakpe tutup.. org lain tak de tutup... susah jek nak tgk tv... dah lah.. malas nak ckp.... tu jeh activity aku yg membosankan.. bosannya... kalau lah aku ade anak... tak bosan cam ni tak... dah lah... sayonara..


Saturday, March 28, 2009

RADIX FRIED CHICKEN (RFC)

Sejak menjak aku boikot brg Zionis nih... sejak tu gak aku tak jejak kaki kat restoran fastfood... laki aku pun tak bg pegi... Mcd n Pizza Hut mmglah dah aku tinggal lama.. mmg tak pegi lagi dari mula2 boikot..tapi KFC ni ada lah tersasul pergi.. hihihih... tapi aku beli ape jek... chezzy wedges with extra sause.. hehehe... pastu mase stock take.. company belanja KFC.. so aku belasah jelah.... nak tggu RFC sampai ke JB lame noh... baru nak bukak kat Kluang... kalau lah aku ada 1.5juta dlm tgn aku dan bukak dah francais kat JB..muhahahaha..perasan btol nak ade duit 1.5juta.... so sepupu aku pun ade jual brgan HPA yg terjelas terbukti halal lagi suci..ewah.... byk jugaklah aku beli brg2 hpa.. cuma aku tak suke cara sepupu n kawan dia tu. Kawan dia stokis, n sepupu aku pengedar.. Kalau pasal ayam kat luar tu.. aku leh terimalah... dia ckp ayam luar was2 nak makan.. sbb mmg byk kuar berita potong ayam tak sahlah..campur ngan pigletlah... tapi pasal ubat gigi... aku ckp aku dah tukar ubat gigi safi... so kawan dia pun menarik nafas resah... katakan semua ubat gigi selain drpd kuaran HPA ada tulang piglet.. aku tell u what... kalaulah betul mmg contohnya Colgate atau Safi mmg tak de tulang piglet.. adakah kata2 sepupu ngan kawan tu berunsur fitnah... dosa tak? dosa u know... aku diam kan jelah.. amek jelah ubat gigi dia try... baru sampai semalam... siapa lagik nak tolong org melayu.. byk lagi aku amek.. termasuklah ayam organic dan tepung goreng RFC kuaran HPA perisa original jek ada. So mlm semalam gak aku masak ayam goreng... kalau ade coleslow homemade pun sedap gak tapi mayonis out of stock..yg penting sos cili Life mesti ade.... bile dah goreng...adoi... sedap giler.. sedibik cam KFC Original... hubby request hot n spicy... sori ek...serbuk lada out of stock gak.. oklah.. kite kongsi gambar ek...


ini packing ayam organic tu... daging dia mmg sedap dari ayam inject kat luar..btol..tak tipu





nilah packing kotak tepung goreng RFC RM12, dlm ade 3 bungkus, berat lupe tgk plak




utk elak tgn kotor.. aku masukkan tepung dlm bekas yg ade tutup.. masukkan tepung dan susun ayam atas tepung, pastu tutup dan goncang dan goyang inul..



ni yg dah siap salut tepung, tp aku wat dua kali coating sbb nak crispy, biasaklah tiru kat McD (cis zionis) cara dia 1st coating+ celur2 dlm air ais + 2nd coating


wallaaaaa... cecah sos cili life (kfc kan guna sos life).. goreng kene sabo.. tak leh api besor nnt tak masak dlm... aku bagi 5 bintang.....



Wednesday, March 25, 2009

Kelebihan Surah Yassin

Kelebihan Surah Yassin


Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud; Bacalah surah Yassin karena ia mengandungi keberkatan, iaitu:-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi "kenyang".
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.


KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang.
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
[Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur Baca Ayat 9, Al-Fatihah, tiga Qul (three times each) and Ayat Kursi, Insya Allah.]
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
[Ayat ini digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.]
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagisebelum keluar rumah. (Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ya Wadud (3x)
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya.
[Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba. Tiupan kedua – Hancur. Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.]
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. (amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
[Ayat ini diamalkan jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.]
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
[Ayat 79 – “Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." ]
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa
apa sahaja hajat.
Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan.
Cara-caranya:
• Sembahyang tahjud
• Sembahyang hajat
• Doa minta hajat
• Baca ayat 100 x dengan yakin
• Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
• Bila baca ayat, tiup dalam air
• Minum 1 cawan air pada sebelum makan / minum benda lain
• Doa sambil minum. Untuk 41 pagi

Untuk memohon hajat
1. Selepas sembahyang subuh
2. Tiga Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, Insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.




We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers