Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Friday, February 25, 2011

Merokok adalah haram "kenapa masih menpertikaikan lagi"


Merokok adalah haram "kenapa masih menpertikaikan lagi"

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sedkit sebanyak dari

Dr. Abu Bakar Abdul Majeed

Pusat Racun Negara, USM

Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan.

Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besardaripada jenama rokok itu sendiri.

Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya.

Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkanbarah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksidasejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada pengguna yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju.

Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. sya ambil sikit je dari Dr.abu bakar sebab terlalu panjang atikel dia...

Untuk renungan bersama bagi orang islam.. Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)"

Hadith Rasullulah s.a.w. :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

tinggalkan lan rokok durjana.. selagi hayat di kandung badan...

"Apa alasan kita kepada allah swt.. jika kita mati kerana ROKOK!"


Artikel atas ni aku copy kat blog mmber aku si Eyna. Baru2 ni aku tgk kat tv, JAKIM dan perbadanan ape tah sedang mengkaji lagik untuk istiharkan rokok itu haram... cepattt lah kaji.. aku nak tampal beso2 kat bilik aku........

Entry ini khas utk my sayang....



Thursday, February 24, 2011

Telemovie Isteriku Zulaikha




Semalam ko tau, lama btol aku setia dgn TV3, smlm aku derhaka, aku tengok TV9. Sebab ternampak Sharifah Amani berlakon, tapi bukan itu yg aku interested tapi jalan cerita dan cara penggambaran aku sukaaaa sgt tang dia flashback..... kelakar giler....

Aku tengok cite ni dah part si Abang atau lakonan Ungku Ismail, ape? tak kenal? tu lelaki dlm promo tu byk muka dialah tu, dia kan dah glamer kat drama Malaysia. ok sambung. Aku tgk part dia dah start cerita problema dia kat staff sape tah nama dia yg belakon cite mantera ko yg bomoh2 tuh... Si Abang menceritakan betapa cintanya pada ex dia lakonan Sh. Amani sebagai Adik, di mana cintanya di halang oleh ibu si Abang. Dalam masa tu jugak dia rase kasihan pada isterinya yg sgt ikhlas cintanya pada dirinya.

Si Adik dan Si Abang bermadu kasih semula walaupun telah tau isterinya Zulaikha lakonan Nurkhiriah, as good wife, dalam diam, dia follow jugak suami dia buat ape kat luar. Sampaikan time tau dia pregnant pon suami dia tak tahu Zulaikha ada problem kalau mengandung.

Sampai satu ketika Si Adik minta kata putus dari Si Abang, kalau mau kahwin dgnnya, kene ceraikan isterinya. Si Abang sanggup saja. Tapi bila balik umah dia sendiri tak terucap kata2 utk melafazkan cerai ker atau kata nak kawin lagik.

After that day, Zulaikha dan Adik bertemu dlm sebuah kedai, dorang kenal ekceli, bersembang2... sampai mereka nak berpisah balik, si Adik ada kata.. Cinta tidak semestinya bersatu dan Zulaikha plak kata, kebahgian yang dirampas pasti akan kebahgian kembali.. eh ye ke dia ckp gitu cam ayat belit.. alah lebih kurang.. aku tgh feeling giler tgk....

Lepas pisah si Adik ade janji nak jumpa si Abang, rupanya2 masing2 nak say sorry, masing2 tidak mau merosakkan kebahgian Zulaikha.. Malam yg Abang kata sanggup ceraikan isterinya, ekceli Adik just nak tgk si Abg ni setia ke tak, malam tu jugak Adik call mak dia yg dia terima pinangan yg mak dia aturkan di kampung.

Selama ni, Zulaikha tau hubungan Adik dan Abang, dia telah aturkan pinangan utk suaminya dalam diam. Dia rasa dialah perampas kebahagian mereka.. sadisnya..huhuhuh. then ketika Abang dan Adik disatukan, Abang dapat panggilan yg isterinya tenat. Barulah dia tau, yg isterinya ada problem kalau pregnant.. hah padan muke ko...

So, cam biase lah cerita melayu, cam tahu nak mati leh siap2 tulis surat..... tapi aku suke.. sbb aku nangis sampai kuar air mata dan air hidung.. dalam surat tu dia cerita dulu masa kecik, Si Abang panggil Zulaikha 'Adik' tp mungkin dia dah lupa... tp lepas dia tahu si Abang kawin sebab terpaksa, hati pun lulur, sementelah dah tahu sakitnya, dia pon mahu satukan dgn cinta lama suaminya... gitulah akhirnya.. aku punya bantal basah.... huhuhuh... best ar cite nih... nak tgk lagikkkkkkkk..... srooottttttttttttttttttttt

Ei, bukankah nama Zulaikha tu yg menggoda Nabi Yusuf, kenapa still org suka nama itu?

Solat jangan tak solat

Ini adalah entry untuk pengajaran semua... hehehe kelakar.. lom cite dah kelakar... Semalam... aku bgn pagi pukul 6.05am, dah azan subuh pandang kiri adelah anak aku yg comel lote tido dgn pulasnya... pandang kanan nampak hubby aku tido kat bawah, balik lewat sgt. aku tengok dia tido ngereng, tgn cam terpeleot sbb tak de bende nak polok.... tgk jam aku rase kejut dia kol 630am jelah nanti, so aku cari bantal kat kepala katil, aku swing laju sekali terswing sekali frame gambo aku zaman seksi melanting .. tummm ketepek...

Arggggggggg..... tepek atas dahi hubby aku, dgn lajunya aku angkat frame letak tempat asal dan terus sapu2 kepala dia dan minta maaf. Tiada kata2 cuma mengerang sakit... (eleh sikit jek) ...

Pastu aku cabot gi wuduk, pas solat dia termanggu duduk... raba2 dahi... owhh cam ada darah.. aku gi cakap ade darah.... baru je dia nak berleter aku dah sediakan jawapan..


"Bang sebelum abg ckp ape2 biar ayg explain, ayg dlm hati nak abg selesa tido sbb tgk tgn abg terpeleot, ayg nampak bantal terus tarik terus terkena frame terus melanting"

"Ker ayang saje hempok" huby aku cm tak puas hati

"Mungkin Allah bagi petanda, suruh abg bgn solat subuh bukan makin sedap tido, dah azan pon"

Kikikikiki.. aku ketawa kan... dia pon sennyap jek.

Lepas tu pagi ni dia baru tahu frame yg size photo A4 yg hentam kepala dia, dia ingat yg kecik jek sbb dia nampak frame kecik ada atas katil..... hubby aku ckp.. kalo dia tahu yg besar, time tu gak dia bgn amek frame hempok aku.... hampes..... tu lah... payah sgt nak solat subuh.. ameko... kakakakaka.... ape? tk kelakar.. tak kelakar sudahhhhhhhhhhhh....

Wednesday, February 23, 2011

JOM JOIN FACEBLOG


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Monday, February 21, 2011

Raesa mabuk

INI MUKA BUDAK KAKI MABUK




Setelah dua kali bawak jalan jauh sket pakai ekon, Raesa muntah. Adoiiii spisis abah dia derrrr... 1st aku balik reunion, dia muntah time tido.... kalo time tidolah payah.. sebab mata dia tutuppp jek... peh tu nangis..kesian, semua mknan dia keluar balik.

2nd time hari sabtu lepas. Aku gi anta rombongan tunang utk ank sedara aku kat Felda Bukit Batu. Aku tak riba Raesa, dok kan atas carseat, sekali dia cam boring, so dia mintak 'mey mey' dia, aku plak bagi susu dia atas carseat, baru separuh minum muntah tak ingat... adoiiii dah lah tk bw baju. Nasi kaler aju tak terjejas tp bau masham muntah melekat daaaa... So aku mintak minyak wangi akak aku, ilang lah sket bau....

So dgn ini, kalo jln jauh bawak Raesa, kene lah sediakan payung sebelum hujannnn..

Fasal pertunangan ank sedara aku, aku cita len kali.. gambo tak upload lagik....

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers