Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Monday, March 30, 2009

60 Earth Hour

Korang padam tak lampu satu jam Sabtu lepas? 8.30 mlm - 9.30 mlm?

Earth Hour ialah kempen tahunan anjuran WWF (World Wildlife Fund) dengan memadam lampu selama 1 jam. Kempen Earth Hour ni bukan kat Malaysia je... kempen ni mendapat sokongan dari pelbagai negara di serata dunia,antaranya USA,Denmark,Australia,Filipina,France dan banyak lagi...Kempen ni mengharap pada tahun 2009, penyertaan akan mencecah 1 billion bermakna 16% dari seluruh penduduk dunia membantah gas CO2 berleluasa.

Tapiiiiii... ramai yg salah sangka pasal kempen nih.. dorang ingat kene tutup semua letrik... aku mula2 pun ingat camtu... rupanya tutup lampu jek... so 8.30pm aku dah tutup lampu.. saing dgn jiran depan tutup lampu... lampu tv jek terang benderang tgk dari jauh... then ade satu bengkel motor pun tgk keliling dah tutup lampu.. dorang pun tutup lampu.. tapi tu jelah yg tutup, yg lain hampeh... aku gi tinjau2.. terang benderang umah dorang.. aku walaupun tak dpt2 nak daftar, aku buat jugak.. tah apsal tah lama web EH tu tak leh masuk2... tapiiiiiii.. tapi lagik... lagik 10minit nak dekat 9.30pm.. abg aku dtg dari pontian nak amek mak aku gi tido umah dia... sampai2 dia kata.. apsal?.. tak byr bill ke? cet... pastu.. dia kata..sepanjang dari umah dia..tak de langsung yg tutup lampu.. betul ke? kalau betul aku hampa lah dengar... abg aku kata semua mall yg besar2 pun tak amek port... dia ckp bakpe tutup.. org lain pun tak tutup... aku jawab..kalau semua org ckp camtu.. mmg lah tak de yg akan kempen lagik...

Smlm pagi ikut hb gi driving school, org sana soh dtg.. sampai sana dia just cakap soh dtg hari rabu utk test... perggg...menyirap hb aku.. macam tak bleh ckp dlm tepon jek.. hb plan nak BRUNCH makan asam pedas claypot kat tmn mount austin... tp masih pagi plak, ingat lama kat driving skool, so aku ajak breakfast jek kedai dekat2 situ... lagipun aku nak singgah umah kawan aku nak amek sauna aku... takkan pagi2 dah nak gi umah org... sekali kedai aku gi tu kedai asam pedas jugak... aku tgk.. dorang cam dah susun menu2 cam makanan utk lunch... hmmm mmg pun.tuan kedai kata hari ni tak de sarapan.. terus lunch.... ah sudah... kene plak asam pedas ikan merah... hb kata layannnnn... amek isi ikan merah sorang.. rege dia RM6, pastu amek pecal jek, tupun just jantung pisang,tempe goreng ngan bendi.. semua sekali RM17... hmmm.. kensel nak mkan asam pedas claypot kat tmn mount austin.... asam pedas ni aku rase tak sedap sgt.. cam ade manis2 sket... tgk cam indon jek masak...

Pastu gi umah kawan aku... anyway umah mak dia..kawan aku CT dah pindah sejak kawin bln 8 thn lepas... mak dia ade, tapi dia kata Ct dah bwk sauna ke rumah dia... hmmmm.. pandailah Ct cari aku,,sbb mak dia dah call dia tapi tak dpt...mak dia kata Ct dah berisi.. dah 5 bln... akhirnya... bestfriend aku yg kawin lewat 4 thn dari aku pun dah pregnant... so... tiba2 jek aku ngan hb rase down sesangat... sampai nak gi Court Mammoth sampai tak boleh nak pikir jalan mana nak lalu... hb aku just wat lawak2.. oklah... tak mo pikir bukan2lah... sampai CM nak tgk rege stand mixer for my mum's birthday... ingat nak tong-tong ngan kakak2 aku.... kek aku dah tempah ngan Nina from Sweetlily blogspot... termasuk bluberi cistat... disebabkan perut kenyang semacam aku naik tingkat atas cam dah nak muntah dah... hb nak gi urut kaki pakai mesin Ogawa... opsss sori... promotion dorang dah abes.. dah tak de dah... cis cis... bile nak muntah... pening2..aku terus ajak hb balik umah dulu.. padahal kene terus gi umah mertua aku... balik umah dlm kol 11 lebih.. tido sampai zohor... pas solat aku bakar puff pastry berintikan belen inti karipap 2 hari lepas... tgh tggu.. Ct pun dtg dgn anak tiri dia.. well... sape sangka dulu dia very boyish time kat kolej.. sekarang very lady...dah nak jadik mummy plak tu... sempat gak aku gosok perut dia.. mane tahu virus dia melekat kat aku.... kol 3 lebih aku baru gerak ke umah mertua aku... tajuk utama sampai sane Earth Hour... teke dah.. dorang ckp ape.... bakpe tutup.. org lain tak de tutup... susah jek nak tgk tv... dah lah.. malas nak ckp.... tu jeh activity aku yg membosankan.. bosannya... kalau lah aku ade anak... tak bosan cam ni tak... dah lah... sayonara..


Saturday, March 28, 2009

RADIX FRIED CHICKEN (RFC)

Sejak menjak aku boikot brg Zionis nih... sejak tu gak aku tak jejak kaki kat restoran fastfood... laki aku pun tak bg pegi... Mcd n Pizza Hut mmglah dah aku tinggal lama.. mmg tak pegi lagi dari mula2 boikot..tapi KFC ni ada lah tersasul pergi.. hihihih... tapi aku beli ape jek... chezzy wedges with extra sause.. hehehe... pastu mase stock take.. company belanja KFC.. so aku belasah jelah.... nak tggu RFC sampai ke JB lame noh... baru nak bukak kat Kluang... kalau lah aku ada 1.5juta dlm tgn aku dan bukak dah francais kat JB..muhahahaha..perasan btol nak ade duit 1.5juta.... so sepupu aku pun ade jual brgan HPA yg terjelas terbukti halal lagi suci..ewah.... byk jugaklah aku beli brg2 hpa.. cuma aku tak suke cara sepupu n kawan dia tu. Kawan dia stokis, n sepupu aku pengedar.. Kalau pasal ayam kat luar tu.. aku leh terimalah... dia ckp ayam luar was2 nak makan.. sbb mmg byk kuar berita potong ayam tak sahlah..campur ngan pigletlah... tapi pasal ubat gigi... aku ckp aku dah tukar ubat gigi safi... so kawan dia pun menarik nafas resah... katakan semua ubat gigi selain drpd kuaran HPA ada tulang piglet.. aku tell u what... kalaulah betul mmg contohnya Colgate atau Safi mmg tak de tulang piglet.. adakah kata2 sepupu ngan kawan tu berunsur fitnah... dosa tak? dosa u know... aku diam kan jelah.. amek jelah ubat gigi dia try... baru sampai semalam... siapa lagik nak tolong org melayu.. byk lagi aku amek.. termasuklah ayam organic dan tepung goreng RFC kuaran HPA perisa original jek ada. So mlm semalam gak aku masak ayam goreng... kalau ade coleslow homemade pun sedap gak tapi mayonis out of stock..yg penting sos cili Life mesti ade.... bile dah goreng...adoi... sedap giler.. sedibik cam KFC Original... hubby request hot n spicy... sori ek...serbuk lada out of stock gak.. oklah.. kite kongsi gambar ek...


ini packing ayam organic tu... daging dia mmg sedap dari ayam inject kat luar..btol..tak tipu





nilah packing kotak tepung goreng RFC RM12, dlm ade 3 bungkus, berat lupe tgk plak




utk elak tgn kotor.. aku masukkan tepung dlm bekas yg ade tutup.. masukkan tepung dan susun ayam atas tepung, pastu tutup dan goncang dan goyang inul..



ni yg dah siap salut tepung, tp aku wat dua kali coating sbb nak crispy, biasaklah tiru kat McD (cis zionis) cara dia 1st coating+ celur2 dlm air ais + 2nd coating


wallaaaaa... cecah sos cili life (kfc kan guna sos life).. goreng kene sabo.. tak leh api besor nnt tak masak dlm... aku bagi 5 bintang.....



Wednesday, March 25, 2009

Kelebihan Surah Yassin

Kelebihan Surah Yassin


Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud; Bacalah surah Yassin karena ia mengandungi keberkatan, iaitu:-

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi "kenyang".
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.


KERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang.
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
[Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah. Lindungi diri dari dianiaya. Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur Baca Ayat 9, Al-Fatihah, tiga Qul (three times each) and Ayat Kursi, Insya Allah.]
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
[Ayat ini digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.]
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagisebelum keluar rumah. (Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari Ya Wadud (3x)
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya.
[Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba. Tiupan kedua – Hancur. Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.]
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. (amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
[Ayat ini diamalkan jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.]
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
[Ayat 79 – “Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." ]
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa
apa sahaja hajat.
Jika mandul dan untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan.
Cara-caranya:
• Sembahyang tahjud
• Sembahyang hajat
• Doa minta hajat
• Baca ayat 100 x dengan yakin
• Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
• Bila baca ayat, tiup dalam air
• Minum 1 cawan air pada sebelum makan / minum benda lain
• Doa sambil minum. Untuk 41 pagi

Untuk memohon hajat
1. Selepas sembahyang subuh
2. Tiga Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, Insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.




Thursday, March 12, 2009

Ape-ape jelah.....



Adoi.. mls btol aku dah 2 minggu lebih nih... bukan ape.. leka tgk cerita Jelita kat youtube. Kalo tak sebab hero dia hensem bangat..aku ckp hensem ar org lain tak tahulah.. mungkin karekter dia yg buat dia hensem kot.. lagipun agnes monica pun ade... tgk kat youtube jek..... kat tv kuar time keje.. malah aku dpt tgk lebih advance dari tv3.. sbb tv indon dah main dulu cite nih.... tapi cite indon ni.. byk tak masuk akal... lagik2 yg siap ada pari2 tuh.. benci benor aku tgk... sebbek cite nih tak de..so aku pun dah abis tgk episod Jelita tu... lebih 50 episod....jenuh aku... mak aku gak pandai.. kata dia..cite nih cam tiru cite Latin punya..tajuk Rosalinda... bile aku tgk org2 indon kritik cite ni..mmg pun..ade yg ckp cam cite Rosalinda.. lantaklah....

Sebenarnya awal bulan aku dah clearkan semua kerja aku.. so terbersih sgt keje aku... sampai kene belakon dpn boss wat keje.. padahal tak de pong... wakakakaka... lagipun aku ingat nak cuti panjang... sbb aku plan nak wat iui... aku punya berkobar2 semacam... kali ni doktor naikkan dose gonal f.. kene inject sendiri kat perut from day2-day12... hb akulah doktor nya.. nak inject kat klinik sekali pergi kene Rm10.. cukup 11 kali dah RM110... bazir jerk... then at day7 aku wat tvs.. gi cek telo.. hapi giler.. doc kate ade 3 telur sedang grow up belah ovaru kanan dan 2 kat kiri.... day9 patut cek lagik tapi doc tak de.. dia plak nak dia jek follow up aku... terpakse tunda ke day13 sbb sabtu sampai senin(maulud nabi) HSA tutup... rase aku cam dah terlambat jerk.. tp tak pelah... so day13... gedebuk.... bukan jatuh... jantung aku jatuh ar... doktor kata telo tu dah tak de... WHAT..aku jerit skit... ingat nak kate WHAT THE HELL... ish aku nih... lama doc godek bawah aku tuh... dia kata tak de... pastu dia kata takut dah pecah awal... aku dah frust giler... tapi doc kata lagik kalau dah pecah awal..ade nampak air dia... lol lah.. lama tu dari day7 ke day13... mestilah antara hari tu dah pecah... sbb aku ambil dose tinggi.... pastu aku bangun duduk kat doktor... aku tny ni tny tu.. tup tup air mata aku berderai kat situ.... nurse siap amek tisu keras bagi kat aku... sakit aku kesat kat mata..terus aku kuarkan towel kecik aku.... doc kata sabar..jgn putus asa... mmg dari nangis aku tak pandang dah muka doc lagik... bukan benci tapi malu ar... teremosi lah pulok.... pastu dia kata rahim aku menebal, mmg cantik utk mengandung... urgggggggggggg.... parah aku dgr.... so doc nak naikkan dose lagik.. biase aku inject 1 jek.. dia nak bagi 2 .wohooooooooooo.... aku kata..nntlah doc..aku nak rest.... aku nak sambung nnt May or June.... pastu aku blah pas amek kad appt aku... kat kete aku call hb...nangis cam hape... tapi pakai spek ar.. nnt org nmpak... hb cool jek..dia kata..bukan doktor bagi rezeki anak..tapi Allah.. iyelah... aku cool sket.... sedih aku bwk kehari ni... plak asst aku yg baru kawin dah wat treament nak baby... dia just prob tiub belah kanan ade sumbat sikit.. aku rase lepas cuci..aku rase dgn senang dia nak dpt baby... kalau dia preggy this month.. aku semakin parah..... mintak dia berenti keje pas ngandung.. heheheheh..jahatnya... kang aku plak merana tgk perut dia makin lama makin besar....

Ok.. pasal janda kat belakang umah aku tu dah pindah dah... kamis kene tangkap.. sabtu depan dah pindah.... mak aku risau jek sbb income tak masuk..ek eleh mak aku... takkan nak selamanya mkn duit haram .... hihihiih.. ade hikmah disebalik tu... 2 hari b4 pindah dia ckp kat mak aku dia nak pindah.. aku ckp lantaklah..dia pindah sbb malu lah tu... mak aku soh wat sepanduk.... RUMAH SEWA.... nak aja aku tulis kat board tu... apsangan bukan muhrim diharamkan.. kakakakak... kat opis aku byk kotak besar2.. aku tulis pakai marker.. mak aku nak sangkut kat pokok beso dpn umah esoknya... tapi bila aku balik keje.. mak aku tak sangkut lagik.. rupanya.. pagi tu..mak aku baru sangkut..terus org sangkut tgk iklan aku tuh... terus ar mak aku turunkan balik iklan tu... kan aku kata...ade hikmah disebalik tu... mak dpt 4 org bujang lelaki.. budok2 pong... awal 20an ... keje kat restoran..kat mana tah..jual sup gearbox. pndah tak bwk apa2, balik umah mlm pukul brape pun aku tak penah teperasan.. tahu2 sok nak gi keje kol 9 pg... umah tu wat tido ngan mandi jek... betapa save karen tu... tak de parking2 kete ke moto.. pagi2 van amek dia gi keje... bagus btol.. dorang nak sewa sbb..dulu dok umah agb dia.. sempit doh.. abg dia ade kuarga... acam..bestkan.. mak aku kali ni siap bagi warning... jgn bawak pompan ..hahahahahahahaha....

Ahad lepas aku tak gi umah Lan tgk mertua aku.. sbb time cuti maulud nabi aku dah tido saner
siap jadik bibik kat saner..masak lebih sbb abg ipar n famili nak dtg... masak ayam merah, sayur ngan ikan goreng jek... Mak aku lak... tgh excited nak ke Medan... bukan medan perang... Medan Indonesia.. ikut rombongan... wah wah..... Sok 14/3/09 kalau aku rajin.. aku tgk mood gak nih.. aku gi kenduri kawin anak sepupu aku Kak Junai kat Simpang Renggam... hmmmm.. dulu gi sana anak sulung kawin.. pun dah beranak dah... so sepupu aku yg rapat adik pada kak Junai ada kat Jepun tu dah bergelar nenek.. kekekekekeke... eh..aku pong ek.. alah..aku jauh sket...

SPM dah kuar.. anak abg aku jek yg ade... biase je result dia..tiada kejutan pong... BBBBBBBB jek memanjang... oklah tu....

Dah lah.. penat aku.. aku nak tgk cite Spa Q plk.. dah lama tak tgk.. sbb Jelitak ituk.. aku nggak buat kerjak yg lain... aku ni gi keje tgk tenet jek.. ujng bulan dpt gaji... adoi... tak jeles ke korang.... kikikikikiki....



Friday, February 27, 2009

Mari tangkap janda

Hah... sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.... tgh bulan 1 ade org masuk umah sewa kat belakang.. jantan keparat yg dulunya pindah sbb aku asik kaco.. bukan kaco ape.. kaco ar.. bising2 sbb bwk pompan tido.... dorang dok saner b4 aku kawin lagik... pas pindah.. member akak aku masuk.. janda.. baru nah cerai.. bulan 12 thn lepas.. ceritalah.. dia cerai sbb ex dia pukul dia.. b4 kawin pun dah pukul.. bodo ape.. ke cari simpati... dia pindah kesini pun sbb biar ex dia tak tahu dia dok mane.. tapiiiiiii... ada udang di sebalik mee.... senang dia nak bwk jantan baru... akak aku cite.. jantan ni.. a.k.a tuan penasihat dia time janda nih gado2 ngan ex dia kot... eleh.. geli aku dengor... tah tah jantan tuh nyanyi2 lagu Irwanshah bertajuk Ku Tunggu Janda mu.. mula2.. jantan ni dtg every morning... akak aku msg tny siapa... tunag jawabnya, tggu edah.. pastu nak kawin.. dia dtg sekejap jek.. dtg tgk2 dia b4 ke kerja... oklah.. bagi kelonggaran... pastu ahad plak.. dah pandai lepak... tapi time tu aku tak de.. balik umah pas aku tutup kete.. terus meluru keluar jantan tu balik... sampailah cite.. jantan tu balik keje kol 6pm.. mesti lepak tgh malam... tutup pintu lagik... cuti chinese new year yg lepas lah.. kitaorang tak bleh tahan tgk... jantan tu tido situ.. pagi2 soknya hb call JAIJ... cerita lah sampai kering air liur.. jaij kata.. nnt dia dtg dia call.. hampeh... mlm tu aku lak tepon.. jaij kata.. "akak report sekarang po.. dorang takkan dtg.. pegawai tak de" hampeh btollah... aku tepon toll free JAIJ. Pas tu aku ngadu dgn member.. ade tak kenal sape2 kat jabatan agama.. adelah sorang bagi no pejabat saner... tapi aku tak call pun lagik.. ade org kata soh aku tepon jelagik toll free tu..

Geram giler.. sbb dia tny no report.. mana ade bagi time hb aku call... so dia kata..tak pe nnt dia checkkan.. pastu dia minta aku cite lagik.. cis.. citelah bagai nak rak..wat abes credit aku jek.. kalo hp manenya toll free... credit jln... tapi JAIJ tak dtg2 jugak... aku call lagik... lagilah suwey... pompan angkat.. tny aku no report.. jadah,, mane dorang ade bagi.. dia ckp.. oklah kak.. kita ambil balik ye.... dia cuma tny.. nama aku..alamat... sapa suspek.. pastu ok ye.. aik.. tak nak dgr cite aku ke apsal soh tngkap .. aku lah bercerita tanpa disuruh.. pas dgr.. dia asyik enggehkan ckp aku jek.. pastu ok... aik... aku tny.. mane nombor report... barulah aku dgr.. dia panggil org kat belakang dia tolong hulur buku report... wargggggggggggggggg.. geram giler aku.... aku soh dtg sbb dorang mesti tido sana sbb aku nak gi endau, mak aku dok umah akak aku.. so rumah kosong.. dia boleh horay2.... aku pas no JAIJ pada akak aku.. kalau akak aku lalu umah mlm kalau moto jantan tu ada call JAIJ.. tapi sia2 jek... pas aku balik dekat tgh mlm... tgk moto jantan tu ade jugak... aku sampai sakit kepala fikirkan ni... aku mane leh tension2.. nnt telo ovum aku tak mo beso.. heheheheheh...

Soknya pas balik dr Endau.. kol11mlm pegawai Jaij call... hallamak.. jantan tu tak tido plak.. rupa2 dia shift mlm... seminggu tu gak siang dia lepak umah janda tuh... aku pun still cuti.. time lunch janda tu balik mkn dlm umah.. cilakak tol.. lantaklah.. tapi kepala sakit je kalo pikir tu.. apsal tah ..aku pun tak tahu apsal... tido tak tenang.. solat tak kusyuk...... so sabtu lepas jantan tu tido lagi. Jaij yg b4 call aku soh call dia kalo suspek ade... 2 hari aku calll, sms tak angkat n reply langsung.. cibai tol... then aku soh akak aku call mlm ke3, akak aku bebel gak kat budak JAIJ tu .. dia mintak maaf sbb outstation... poodah... so aku dah happy nih.. dia kata nak dtg kol 12mlm... dia kat tmn sentosa..ada kes lain.. nnt dia dtg... tggu punya tggu.. cantikkkk jek lagik 15minit dua ekor beruk tu kuar naik kete tak balik2.. budak Jaij tu call lah pas dorang kuar...kata nak sampai dah.. aku ckp. mungkin dorang kuar kejap.. awak leh stay kat seberang jln ade parking besar.. gelap kat situ.. aku ngendap sampai kol 1am.. hampeh.. byg dorang tak de.. beruk dua ekor tu pun tak de... so aku tido dln tak puas hati dan geram.. tido tak tenanglah senang cite... sok aku call no opis Jaij... no yg member aku bagi.. aku cerita aku tak puas hati org yg Jaij antar.. aku takut dorang komplot.. aku tau..janda ni baru cerai.. selalu pergi atas urusan perceraian dorang kan.. so tentu dia ade kenal2 dgn org2 saner... mesti org2 saner simpatilah dgn cite dia perempuan yg kene pukul dek laki... so.. kat pejabat Jaij tu aku bercakap dgn pegawai saner..macam boleh dipercayai.. tak mcm toll free tu.. keje sambil lewa... semlm jek aku dpt call.. perempuan dari Jaij.. loh.. ok jerlah... tny suspek ade tak kat umah... aderrrrrrrrrr.. aku jawab.. dah dekat seminggu dorang dok cam laki bini.. cuma semlmnya jek tak.. sbb cam tau jek plan nak tangkap dia aku ckp... so akak tu kate.. nnt nak dekat dia call... pergggg.. adakah perangkap sudah terpasang... hb aku siap nak gi pancitkan tayar kete janda tuh.. adoiiii.. dia takut nnt dia dpt lari lagik.. aku tak bagi.... dekat kol 11.45mlm akak tu call, minta aku tunjukkan umah janda tu.. sebab umah aku nanpak sebijik tapi ade umah sewa kat belakang... aku lambai2 van yg jln slow depan umah aku... hehehe.. dorang park jauh... kuar dua org makcik2 ngan dua lelaki.... aku tunjuk lah arah umah kat belakang.. tak kuarlah aku.. bagi insyarat tgn jek.. pastu aku ngan hb aku masuk bilik gelap tmpat dorang lalu... tggu ar.. adelah dekat 15minit.. baru dengar dorang kuar... mula2 pegawai Jaij dgn jantan keparat tu... selamber jek aku tgk muka dia.... pastu baru 2 org mak cik yg tgh pegang fail tuh ofcozlah pegawai jaij gak... salah sorang yg call akulah tu..... pastu janda tuh last baru pegawai lelaki.. naik van seberang jln.. kepala jiran dpn umah aku ramai dah terjuluq.. dgn mak aku jugak..... menjerit2 nama aku.. aku kan tgh semunyik ..aku diam jelah... dgr mak bukak pintu.. panggil akak aku yg dok sebelah.. aku ngan hb aku ape lagik.... terjun terus atas katil purak2 tido. .ekekekekke... pastu aku dgr mak bebel.. apsal ade van besar.. ramai dari umah belakang... mak aku ingat aku naik sekali kot... ckp apsal aku tak bagitau dia aku kuar... kete ade.. hehehehehe.. melekek2 aku laki bini dlm bilik.. pastu.. akak aku call..hehehehe..ckp aku kat mane.. aku ckp lah aku kat bilik tido... mak aku terus masuk bilik... sambil cekak pinggang.. aku wat selamberlah... kata mane pegi... aku ckp kat jamban ar.. dgr mak panggil.. tapi aku kat bilik air... mak aku tak puas hati jek.. heheheh..pasal.. marah aku report ke? salah ke keje aku.. banteras maksiat.. huhuhuhuhu... aku dah warning akak2 aku jgn ckp kat mak aku ..aku yg wat report.. nnt semua cite dia jaja kat jiran2 kang...
Alhamdullah.. aku tido senyenyak-nyenyaknya... aku pun tak tahu.. macam problem settle... siap terbangun kol 2.. ckp dlm hati..eh.. baru ko 2.. bangun kol 5.15.. eh baru kol 5.15... lah... syok benor aku tgk diri aku nih... kalau pas ni janda tu bwk lagik jantan tuh... aku tak tahulah... tapi yg pasti korang mesti kene sorang rm3000 or dipenjarakan...........

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers