Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Showing posts with label fact. Show all posts
Showing posts with label fact. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

FITNAHHHHHHHHHH......



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

”Sesungguhnya fitnah itu lebih berat dari membunuh…” (hadis Rasulullah)


Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan…” (Al-Hujurat, 6)


“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah….” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

.......................................

Lisdawati menang

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

LISDAWATI...saman. Gambar kecil, Nadia, kena bayar.
LISDAWATI...saman. Gambar kecil, Nadia, kena bayar.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah pelakon Nadia Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada seorang lagi pelakon, Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan saman fitnah difailkan Lisdawati terhadap Nadia tahun lalu.

Beliau turut memerintahkan Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala.

“Selepas meneliti hujahan dan keterangan pihak-pihak, mahkamah membenarkan tuntutan plaintif,” katanya.


Nadia dan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding semalam.


*************************************************************************

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah diertikan sebagai
“ Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang. Jadi moralnya disini jangan cuba melakukan perkara ini.



Fitnah, boleh kita klasifikasikan sebagai suatu wabak atau virus yang berbahaya dan ianya tidak akan pupus mengikut perubahan zaman. Malahan, jika kita amati sedalamnya, fitnah zaman sekarang (moden) jauh lebih hebat dan berat berbanding zaman² terdahulu. Ini kerana pada zaman yang serba canggih ini, setiap apa yang berlaku adalah begitu pantas sekali… Begitu juga perihalnya dengan penyebaran sesuatu berita, dengan hanya menggunakan teknologi canggih seperti SMS, MMS, email, malahan melalui internet, setiap individu mampu menyebar atau mencipta kisah tersendiri tanpa perlu bersua empat mata…


Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab




source : http://dienull.wordpress.com/2010/11/07/fitnahjourney/
: Metro Online 1.11.2011

Source picture from Mr Google






Friday, February 25, 2011

Merokok adalah haram "kenapa masih menpertikaikan lagi"


Merokok adalah haram "kenapa masih menpertikaikan lagi"

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashimâ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sedkit sebanyak dari

Dr. Abu Bakar Abdul Majeed

Pusat Racun Negara, USM

Di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, usaha-usaha mencegah perbuatan yang merosakkan kesihatan masih lagi belum dapat dijalankan dengan berkesan.

Di Australia, umpamanya, pada sepertiga bahagian hadapan kotak rokok tertera huruf-huruf besar: MEROKOK MEMBUNUH - Amaran Kesihatan Kerajaan. Malah perkataan-perkataan ini lebih besardaripada jenama rokok itu sendiri.

Pada bahagian belakang kotak rokok pula tertulis sekali lagi amaran tersebut, yang disusuli penerangan berikut: Di Australia, merokok menyebabkan lebih banyak penyakit dan kematian awal daripada penggunaan dadah-dadah lain. Merokok menyebabkan lebih empat kali ganda kematian daripada yang disebabkan kemalangan jalan raya.

Pada bahagian tepi kotak rokok juga dinyatakan: Asap dari setiap rokok mengandungi tar asap yang apabila termeluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkanbarah; nikotin sejenis dadah beracun dan menyebabkan ketagihan; dan karbon monoksidasejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Demikian, betapa terperinci usaha penyampaian maklumat yang diberikan kepada pengguna yang masih mahu memperjudikan kesihatannya. Penekanan terhadap kebebasan memberi maklumat yang amat berbeza ini menimbulkan satu persoalan yang membingungkan. Adakah nilai nyawa penduduk negara-negara membangun lebih murah daripada negara-negara maju.

Dewasa ini ramai yang bercakap tentang rokok atas dasar fakta. Ini yang terbaik. Tetapi tidak kurang pula yang cuba memutarbelitkan kenyataan dan masih ada yang meragui pendapat pakar-pakar perubatan tentang bahaya merokok. sya ambil sikit je dari Dr.abu bakar sebab terlalu panjang atikel dia...

Untuk renungan bersama bagi orang islam.. Firman Allah s.w.t. :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang" (An-Nisa' : 29)"

Hadith Rasullulah s.a.w. :

"Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam"

tinggalkan lan rokok durjana.. selagi hayat di kandung badan...

"Apa alasan kita kepada allah swt.. jika kita mati kerana ROKOK!"


Artikel atas ni aku copy kat blog mmber aku si Eyna. Baru2 ni aku tgk kat tv, JAKIM dan perbadanan ape tah sedang mengkaji lagik untuk istiharkan rokok itu haram... cepattt lah kaji.. aku nak tampal beso2 kat bilik aku........

Entry ini khas utk my sayang....



Tuesday, January 25, 2011

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Baik gunakan..... ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM” .Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang
bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud
“Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”
Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya mari kite share same2....


Sources : email

Wednesday, January 19, 2011

Tesco Tebrau..... jaga2..... jgn terperangkap

Cerita ni, asst aku yg cite.. pagi2 dia dah kata dia nak cite satu bende yg sakit hati kat aku.... dia ceritalah bile dah tak bz...

Semlm kol 8mlm dia gi Tesco sebelah Jusco Tebrau, bwk akak dgn ank 2 org kecil lagik, dia pon same bwk ank 2 org kecil lagik, dan mak dia sekali.... mak dia baru dtg dr melaka nak stay lama kat jb. So ingatkan drg nak bli drawer 5 tingkat tuh.. yg pelestik tuh.... sbb tak de tempat nak letak baju mak2 dia. Pilih punya pilih drg angkat yg harga 40++, pastu jln2 lagik, sekali ternampak lagi drawer besar lagik harga 60++, so drg decide amek yg tu, even plastic bungkus tu cam koyak2. Walau ade yg kaler pink bungkus elok lagik, tp mak dia nak kaler biru even plelestik dah koyak.

So time bayo, kat kaunter tu pon scan... bippp.. bunyik dia.... RM30++, eh.... kan harga dia RM60++..... tiba2 akak asst aku bersuara konon2 nak tunjuk jujur. So budak cashier pon belek2, pastu ckp.. "owhh yelah... plastic ni brand Tesco, tp dlm brg brand lain.... kene ambil yg lain lah"

well asst aku pon kene arah dek akak dia yg jujur tu gi amek lagik satu, asst aku cite berlari2 lah dia gi amek, dah lah besor, so dia heret saja dgn tungkus lumus.... kalo akulah kan.. gi mampos aku nak amek.. minta drg yg amek, gi cek price ke ape.. aku akan dok situ tak kan tinggal kan kaunter...

Sekali kat cashier.. akak dia kata " TAK PAYAH, DIORANG DAH TUDUH KITA MENCURI"

Sebab, dak cashier gi bukak2 laci tu jumpa brg lain, cam pewangi bilik, sticker raya cina, lagi ape tah dia cite... akak dia kata nak bayar, kata dia ade duit, tapi drg tak mo accept (akak asst aku kaya dowhhhh).... so settle kat opis. Sampai opis, oficerTesco minta akak asst aku tulis surat ngaku mencurik, ambil ic, n gambar, pastu bayar semua brg dia amek baru boleh lepas or balai polis. Minta tgk cctv, officer tu tak mo. akak dia nak cepat sbb bwk ank kecil, nak tido, sok nak skolah pon ade.. tp officer tu ckp kalo nak cepat buat ape dia soh..kalau pergi balai lagi lama..

Ishhhhhhhhhhhhh celake sialan nyerrrrr.. kalo korang kene ape ko nak buat.... si akak asst aku nih pikirkan anak, kalo tak lama dia gi balai polis kot. Pas settle semua, akak dia campak seratos soh dgn segera bayar semua brg.....

Aku yg dgr pon geram, tp nasib dia malang aritu, kene plak sticker raya cina dlm tuh, kalo sticker hari raya ker, raya depavali ker, logic gak dia tk curi, ni sah2 raya dia... tp cam cilakak lah kan tak mo tgk cctv....

Moral of the story, kalo bli brg2 yg ade leh selit benda, cek2 lah dulu, tk pasal2 kene tuduh. Tapi kalo aku, aku saman balik lah drg, ank bg laki jaga sat.. maruah tetap aku jaga.. ewah....

Pada Tesco Tebrau tu.. macam tu ke ko layan customer tanpa soal selidik... tak kan aku jejak kat situ lah.... baik aku bli pop corn kat jusco lah...... :P

Tuesday, April 6, 2010

Study: Breast-feeding would save lives, money

Study: Breast-feeding would save lives, money

By LINDSEY TANNER, AP Medical Writer - Mon Apr 5, 10:53 AM PDT

CHICAGO - The lives of nearly 900 babies would be saved each year, along with billions of dollars, if 90 percent of U.S. women fed their babies breast milk only for the first six months of life, a cost analysis says.

Those startling results, published online Monday in the journal Pediatrics, are only an estimate. But several experts who reviewed the analysis said the methods and conclusions seem sound.

"The health care system has got to be aware that breast-feeding makes a profound difference," said Dr. Ruth Lawrence, who heads the American Academy of Pediatrics' breast-feeding section.

The findings suggest that there are hundreds of deaths and many more costly illnesses each year from health problems that breast-feeding may help prevent. These include stomach viruses, ear infections, asthma, juvenile diabetes, Sudden Infant Death Syndrome and even childhood leukemia.

The magnitude of health benefits linked to breast-feeding is vastly underappreciated, said lead author Dr. Melissa Bartick, an internist and instructor at Harvard Medical School. Breast-feeding is sometimes considered a lifestyle choice, but Bartick calls it a public health issue.

Among the benefits: Breast milk contains antibodies that help babies fight infections; it also can affect insulin levels in the blood, which may make breast-fed babies less likely to develop diabetes and obesity.

The analysis studied the prevalence of 10 common childhood illnesses, costs of treating those diseases, including hospitalization, and the level of disease protection other studies have linked with breast-feeding.

The $13 billion in estimated losses due to the low breast-feeding rate includes an economists' calculation partly based on lost potential lifetime wages — $10.56 million per death.

The methods were similar to a widely cited 2001 government report that said $3.6 billion could be saved each year if 50 percent of mothers breast-fed their babies for six months. Medical costs have climbed since then and breast-feeding rates have increased only slightly.

About 43 percent of U.S. mothers do at least some breast-feeding for six months, but only 12 percent follow government guidelines recommending that babies receive only breast milk for six months.

Dr. Larry Gray, a University of Chicago pediatrician, called the analysis compelling and said it's reasonable to strive for 90 percent compliance.

But he also said mothers who don't breast-feed for six months shouldn't be blamed or made to feel guilty, because their jobs and other demands often make it impossible to do so.

"We'd all love as pediatricians to be able to carry this information into the boardrooms by saying we all gain by small changes at the workplace" that encourage breast-feeding, Gray said.

Bartick said there are some encouraging signs. The government's new health care overhaul requires large employers to provide private places for working mothers to pump breast milk. And under a provision enacted April 1 by the Joint Commission, a hospital accrediting agency, hospitals may be evaluated on their efforts to ensure that newborns are fed only breast milk before they're sent home.

The pediatrics academy says babies should be given a chance to start breast-feeding immediately after birth. Bartick said that often doesn't happen, and at many hospitals newborns are offered formula even when their mothers intend to breast-feed.

"Hospital practices need to change to be more in line with evidence-based care," Bartick said. "We really shouldn't be blaming mothers for this."

Mothers breast feed their newly born babies inside the Neonatal Intensive Care Unit (NICU) at the Fabella hospital in Manila March 16, 2010. Breast feeding advocates have tied up with a high-IQ (Intelligence Quotient) organization to debunk the claims of infant formula makers whose advertisements claimed that their products will increase a child's intelligence, local newspaper reported on Tuesday. REUTERS/Romeo Ranoco (PHILIPPINES - Tags: POLITICS SOCIETY)


On the Net:

American Academy of Pediatrics: http://www.aap.org

Government: http://www.womenshealth.gov/breastfeeding/

Friday, July 10, 2009

Cerita Luar Negara

Cerita 1

Hamil selepas berenang di kolam

WARSAW - Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

"Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

"Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut," kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. - Agensi



Cerita 2

Bayi dalam perut buat isyarat V


IMEJ imbasan ini menunjukkan bayi Caroline
membuat isyarat V.


LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."


Caroline


Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.

Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: "Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik." - Agensi


Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

Aku mmg lah bukan sekolah lagik nak ucap2 selamat ari guru... tapi nak cite sket keadaan sambutan time2 aku dgn time2 skang... dulu.. aku sekolah.. aku ingat sekolah rendah jek.. sekolah menengah langsung aku tak leh recall... apsal tah... tapi times ekolah rendah.. mmg ditunggu2. menu dia biaselah.. semua dikehendaki bwk mknan sorang sedikit.. nnt mkn tukar2 or kongsi2.. aku biaselah.. mak jual kuih.. kuih jelah aku bwk tiap2 tahun... pastu tggu cikgu2 lain yg ngajar dlm kelas aku... baru kitaorang mkn... hadiah yg aku ingat dulu bagi kat cikgu darjah aku ialah, bunga perhiasan dinding yg mak aku buat jual.. heheheh. dan tisu kotak... aku bungkus baik punya siap ade bulu2 lagi.. bulu ape tah cam bulu ayam tapi yg lembut punya... darjah 6 aku sekelas kumpul duit beli satu hadiah yg besar utk cikgu kelas aku.. gambar yg ade frame.. besar gitu.. gambar kapal laut ala2 pirate of the carribean.. cume tak de flag lanun tuh... Tapi ku heran, apsal aku tak leh ingat ape2 terjadi time sekolah menengah... tapi tulah.. betapa aku tunggu2 kan hari guru dan hari kanak2 sedunia... best ooo dpt minum air milo free kat van milo...

Sambutan hari guru skang.. haaaa... tak best aku dengar... semua aku dgr dari rungutan anak2 sedara aku.... skang mkn kene charge... cikgu charge sorang RM10, buat beli kfc yg satu set tak sampai RM10.. paling mahal RM8++ aku rase.. belennyer mane lak, cikgu sekarang... dah pandai mintak2 hadiah... kawan anak sedara aku cite dia bagi bunga... cikgu leh ckp.. lenkali jgn bagi bunga ye.. bagi bende lain... dulu aku just bagi cikgu kelas saja... skang cikgu bagi name.. siap bagi 3 name lagik.. so tahun ni.. aku tgk anak sedara aku pulaukan hari guru... mula2 aku marah lah.. kata dulu aku camni camtu bile sambut hari guru... bile dgr dorang ckp.. hmmmm... peliklah jugak.... ade gak anak sedara aku pegi sambut.. dia bagi hadiah cikgu favorite dia jek... entahlah.. sbb cikgu2 semua aku tgk muda2... tak cam dulu.. tua2... yg muda ni over ke... tah lah... harap cikgu2 ikhlas menyambut hari guru bersama anak murid... jgn damba kan sesuatu.. cukuplah manisnya saat murid ucapkan Selamat Hari Guru...

Friday, December 26, 2008

Cuti hari Natal

Seminggu ni boss aku tak masuk... syok giler... aku kat pc sepanjang hari..mata letih baru lari... RAbu lepas aku balik keje aku drive kereta ke rumah abg ipar aku yg separa roboh.. b4 tu sempat singgah Season bli roti.. tamak plak aku beli.. aku ske tol roti tuna dia.. hb soh bli lebih.. sampai Kg Baru Plentong Tengah.. kg yg akan tinggal nama jek tu..yg akan hilang di map.. cam kg padang jarak padang terkukur... bahagian depan ok lagik lah.. sebab still ramai.. pat area umah abg ipar aku cuma tinggal 3 rumah dihuni.. lain dah roboh.. aku sampai sana hb lom sampai..dia singgah kedai time aku call.. dah nak maghrib dah. aku pon makan roti2 sbb dah kebulur...pastu aku turun kete..bende aku cari g pertama ialah kucing.. huhuhuhuh kesiannya.. aku dah lah cekik dah roti tuna tu.. kucing cam kerumun aku time tu.. aku baling roti bun kacang merah.. dgn lahapnya kucing makan.. adelah 4 biji bun aku baling..siat2kan.. hujan renyai makin lebat plak.. dah gelap.. aku tak leh tunggu. aku ingat gi umah Lan walaupun aku nyampah... belum aku nak kuar dari simpang umah tu..hb sampai.. undur balik.. bukak pintu umah tinjau2.. macam lepas tsunami pun ade.. abg ipar aku pindah semalamnya sbb hujan lebat ..air masuk umah.. cabut ke rumah dia kat tmn cahaya masai... gatal..masa hari ahad sebuk pindah..dia tak nak pindah 100%.. menyusahkan org bagi kat dia jek... dah nak kene pinjam lori lagi angkat brg yg belen2. abg ipar aku lak..asal adik beradik dia nak tolong pindah..time tulah keje.. kalo tak melengkar kat umah... last minit baru sebok nak pindah...dia sikit pun dia tak merasa.. pindah rumah..kopak rumah.. berendam dlm ujan.. dia tahu ..time2 tu time dia keje...

Malam tu rupanya hb aku ngan sepupu dia tunggu Lan. Hujan dah lebat.. so dia ingat tak jadi angkut barang2 mlm tu.. bile sampai dia cam tak sabar2 nak angkat..kasi cepat habis..so boleh balik cepat.. sampai jek..sms bini dia..ape lagik report lah tu... lantaklah..aku tolong potong getah jek utk buat tali canvas lori tu... dekat kol 9.30pm aku angkut 3 ekor kucing naik kete bawa balik.. tapi kucing yg aku suke itu tiba2 je ilang.. naik calar2 luka2 tangan aku tangkap sekor kucing yg liar sket.. kesian giler aku tak dpt cari kucing yg namakan dia Blacky... dgn harapan aku dtg lagik sok dpt jumpa dia...

Semlm hari Christmas.. hb tak balik smlmnya.. dah lah mlm tu aku kat umah order pizza, tinggalkan dia yg personal size nyer... terpakse masuk esbox. Kol 11am aku gerak ke Smart.. beli brg dapur.. hb pesan dtg sana bwk kuih. So aku ingat dia dgn sepupu dia jek.. rupa2nya ade adik bungsu dia.. aku beli byk gak.. kuih karipap 6 biji, popia otak2 5 biji, pau sambal 3 bijik, ketupat 5 biji ngan rendang sekali, kuih serimuke 3 biji dan air teh 2 bungkus.. time aku beli air.. mak ngan anak sedara yg ikut aku tu gi tolak troly kat tempat keje adik aku.. tgk dari jauh dorang tgh kenduri kuih yg aku beli.. aku ingat mungkin seketol jek.. dah nak blah siap mintak lagik serimuka... dah sampai umah kene pecah tu.. aku cek kuih... tgk popia tinggal satu, serimuka mmg dah kene ambik satu.. lain aku tak cek..terus bising2 kat mak..apsal bagi adik aku kuih..dah tak geti beli sendiri agaknya.. sepupu hb aku jawap..tak pelah..kitaorang dah makan maggie ngan kopi..huhuhuhuhuhhu.. kesian.. sepupu dia tu bini dia kat kg.. tgh berpantang kat sana dgn anak sulung dia... Mazni lak tgh demam tapi nak tolong gak wat keje... Lan? jawab dia..nak antar bini balik kampung... hb aku sakit hati baca sms time tu.. dia tak bagi adik dia balas sms tu.

Sat lagi tu aku balik.. aku ingat nak singgah lagik petang sket.. lagipun adik hb aku tah gurau ke dak dia kata nnt dtg bawakkan kopi.. oklah.. pas asar aku call hb.. tapi anak sedara dia angkat.. kata hb tgh tido.. kat mana? kat umah Lan.. apsal? Pak Tam antar Mak Itam gi balik kampung... haramjat... aku cite kat mak aku pun mak aku naik angin.. dah org tgh sebok2 dia buat hal... so aku rase ..aku tak pegi sana.. aku call hb.. aku dtg pagi esok bawak baju.. mula2 dia tak nak.. soh aku amek.. abis aku kata ..org tua tu sape nak jaga.. baru dia kata oklah..

Pagi tadik aku bangun kol 6 pg.. pas solat cepat2 siapkan bekal hb.. dan aku buat lempeng cecah sambal goreng... bawak jugak ke umah Lan.. mentua aku suke mkn lempeng.. dia boring sebab hari2 si kintan tu masak nasi grg jek... Aku pun menturbokan kete aku..hehehe..laju sbb aku keluar kol 7.35am... 10 minit dah sampai.... terlajak sket terus break emergency.. and what the heck.. pompan tu ade kat depan umah tgh betulkan pokok bunga dia.. eiiiiuuuuuu... kate tak de... kalaulah aku tak diet.. lempeng tu aku dah bwk opis dah.. tak pelah kuarkan jelah... sementara dia kat luar.. aku tny hb.. hb kata dorang sampai kol 5.30am.. balik semlm tu wat ape? berurut .hoh.. what the fuck .. nak berurut sampai ke Adeela.. fuck oflah..melambak tukang urut kat sini.. jgn kat tempat aku..kat area2 umah dia pun aku ade kenal nenek tukang urutlah.. aku rase laki dia nih dah kene mandremlah.. bukan main turut cakap bini dia nih.. aku ingat dia makin tegas kat bini dia.. sekarang makin tegas kat adik beradik dia.. semua cakap beradik dia..dia betah... siap tipu lagik... tengok aja time angkut barang pindah.. dia tak nak satu kabinet utk antar umah dia.. kabinet tu utk baju dan buku2 skolah tuk anak sedara dia yg bakal tumpang dok umah dia..budak2 skolah menengah jek, 3 org.. aku rase dia dah kene bambu ngan bini dia cukup2lah... tapi at last.. kene gak antar umah dia..

So hari ni pepagi bute lagik aku kat opis dah tgk Spa Q 2... order ade 3 jek... relax giler.. skang dah kol 1pm.. tepon tak bunyik2..jgn aku sebok nak solat kang..ade jek yg bunyik2.. dah lah.. aku ni yek yek jek kang diet.. kang balik umah melantak lak.. harap2 mak masak utk dia aje.. so aku tak de mknan..aku tak mknlah.. hb aku just panaskan piza aritu.. jgn aku balik nnt pizza dah kene belasah ngan anak sedara aku udah.. ngamuk aku lagik... panasss jek aku nih..even kat luar ujan...







Wednesday, November 5, 2008

Buruj Orion


Orion dari sudut Astronomi

Pelayar zaman dahulukala dan pemerhati bintang-bintang / ahli falak telah memerhati langit malam untuk melihat kumpulan bintang-bintang yang mempunyai bentuk dan corak yang dikenali. Sebelum terciptanya kompas dan lain-lain peralatan pelayaran, pelayar-pelayar dahulukala melihat kumpulan bintang-bintang, atau buruj, sebagai panduan untuk mereka merentasi lautan luas. Salah satu corak bintang atau buruj yang dikenali adalah buruj yang dinamakan Orion. Buruj Orion mempunyai bentuk seperti seorang pemburu dan boleh dilihat di kedua-dua hemisfera utara dan selatan. . Bintang-bintangnya yang terang membuatkan buruj ini mudah untuk dikenalpasti, dan kehadiran nebula yang agak banyak di dalamnya dan di dalam buruj-buruj yang berdekatan menjadikan buruj Orion ini sebagai tapak bagi pemerhati visual dan jurugambar bintang.

Bintang terang yang membentuk bahu kiri imej pemburu buruj Orion ini dinamakan Betelgeuse. Berdekatan adalah Horsehead Nebula, suatu kitaran habuk-habuk hitam di hadapan sebuah nebula yang terang. Apabila kelihatan bintang keemasan Betelgeuse dan bintang biru terang Rigel, ini menandakan ketibaan buruj Orion ini. Bintang-bintang di “Tali pinggang dan Pedang" pemburu ini menunjuk ke arah nebula-nebula yang paling terang dan tercantik di seantero langit malam. Tali pinggang Orion terbentuk oleh 3 bintang terang (Alnitak, Alnilam dan Mintaka) di dalam satu garisan lurus. Dari hemisfera utara, Tali pinggang Orion ini mudah dilihat di kaki langit selatan di waktu petang semasa musim sejuk. Tergantung di tali pinggang adalah pedang pemburu ini yang dibentuk oleh 3 bintang yang tidak jelas. ‘Bintang’ di tengah pedang ini sebenarnya bukanlah sebuah bintang tetapi sebuah nebula yang dinamakan Great Orion Nebula, salah satu kawasan yang paling dikaji di langit oleh ahli kaji bintang.

Orion di dalam Mitologi

Seperti mana-mana mitos yang dipinjam dari pelbagai sumber dan telah melalui jangkamasa yang panjang, cerita-cerita Greek mempunyai banyak variasi. Cerita di bawah adalah satu dari variasi-variasi yang ada :

Menurut mitos Greek purba, Orion adalah anak kepada dewa laut Neptune dan merupakan pemburu terhandal yang pernah disaksikan oleh dunia. Orion terkenal bukan sahaja kerana kebolehannya tetapi juga kerana kehandalannya dalam berkasih.

Beliau amat mengasihi Metrope, anak kepada Raja Oenopion di Chios, tetapi usul perkahwinannya sentiasa ditolak. Cintanya membara tetapi pada suatu hari, dalam keadaan mabuk dia telah memperkosa Metrope. Raja Oenopion menemui Dionysus untuk membalas dendam. Dionysus melakukan sihir ke atas Orion dengan meletakkannya ke dalam tidur yang amat lena dan dalam keadaan buta. Apabila sedar, Orion meminta pertolongan seorang penilik nasib. Penilik nasib mengatakan untuk mendapatkan penglihatannya semula, Orion perlu mengembara ke timur dan membiarkan sinaran matahari mengenai matanya. Orion menurut dan mendapat semula penglihatannya.


Dia kemudiannya menetap di Crete di mana dewi bulan Artemis telah jatuh cinta kepadanya. Cinta Artemis amat mendalam sehingga dia gagal menerangkan langit petang dengan cahaya rembulan. Apollo, abang kepada Artemis, merasa ragu-ragu terhadap Orion. Apabila Orion bersikap angkuh dengan mengatakan dia akhirnya akan menghapuskan semua haiwan liar di bumi ini, Apollo mengambil kesempatan melaporkan keangkuhan ini kepada Dewi Bumi dan Dewi Bumi sendiri telah menghantar Scorpius, kala-jengking maut, kepada Orion.

Orion bertarung dengan Scorpius tetapi dengan segera menyedari perisai si kala-jengking tidak dapat ditembusi oleh serangan manusia biasa. Orion kemudian terjun ke laut dan berenang menuju ke Delos. Tetapi Apollo telah menyaksikan kesukaran Orion menentang Scorpius dan tidak mahu melepaskannya dengan begitu mudah.

Kematian Orion tiba apabila Apollo mencabar Artemis memanah ke arah titik hitam di lautan dengan mengatakan objek hitam jauh di tengah laut itu adalah kepala seorang pengkhianat. Tidak mengetahui titik hitam itu adalah rupa-rupanya Orion yang sedang berenang, Artemis seorang pemanah yang handal memanah tepat hanya dengan panahan yang pertama. Dia kemudian berenang ke mangsanya tetapi mendapati telah membunuh sendiri kekasihnya Orion.

Kesal dengan perbuatannya, Artemis memohon kepada dewa-dewa agar mengembalikan hayat Orion tetapi permintaannya ditolak oleh raja dewa Zeus. Akhirnya dewa-dewa merasa belas dan menempatkan pahlawan legenda ini di syurgawi dan diwakili dengan buruj berkilauan yang membawa namanya. Di langit malam inilah bersemadinya pemburu hebat ini.

Mengapa Orion ?

Kami memilih nama Orion bukan hanya kerana nama ini dikenali di dalam bidang Astronomi dan Mitologi tetapi yang paling penting nama ini ringkas, mudah disebut dan oleh itu mudah untuk diingati. Lagipun perkataan Orion muncul dalam banyak lagu-lagu kegemaran kami, contohnya lagu “Orion” oleh Metallica, “Pharoah Sails To Orion” oleh Nightwish dan “Orion the Hunter” oleh Symphony X.

Orion Secara Spiritual

Sama seperti pelayar-pelayar purbakala yang menggunakan bintang-bintang sebagai panduan untuk merentasi lautan agar selamat sampai ke daratan, kita juga perlu panduan dalam memandu perjalanan dari lahir hingga hembusan nafas terakhir di dalam kehidupan singkat di dunia ini. Selain dari nama buruj yang dikenali, kami memilih nama Orion sebagai peringatan untuk kita menuruti panduan pemberian tuhan dalam pelayaran kita melalui lautan kehidupan. Di mana akhirnya perjalanan ini .. selamat sampai ke daratan .. sesat di mana-mana .. atau karam di lautan ?
........................................................................................................................................................................

Kat atas artikel aku kopipes jek dari web mana tah... bagi aku mitos tu semua mengarut jek.. dah nama nya mitos kan... so aku tak delah percaya semua tu.. aku just nak share pasal buruj orion ni.. Dulu.. selepas dikecewakan oleh cinta yg bertepuk sebelah tangan.....heheheh dgn pakwe jawa yg hensem wahahahahah.. dia tak ske aku sbb aku gemuk.. cilanat tol... ... aku ske dok kat buai depan umah.. boleh dikatakan tiap2 mlm.. kadang2 terlajak sampai kol 12tgh mlm... aku ske pandang langit waktu mlm...sungguh membuatkan hati aku terubat...nasib baik tak de bende yg terbang lalu atas kepala aku time tu.. dan aku selalu terpesona dgn 3 bintang yg berderet betul atas umah aku...dan ada satu bintang kecil sedikit berdekatan bintang2 tu.... Subhanallah... memang cantik.... sehinggalah oneday bintang2 tu tak de lagik... penat aku dongak2 cari bintang tu.. tah mane tah hilang.... Tak lama pastu aku dah dpt pengganti tahun 2001.. siapa lagi mylove lah... suami aku sekarang... ade sekali tub4 kawin... aku dtg umah dia..dia tgh buat keje..tak pakai baju... so aku amek kesempatan yg ade tgk badan dia... hahahahahaha.... tgh dia ckp2 dengan aku.. aku terpandang dada dia.... u know what... tahi lalat di dada dia sebijik... bukan sebijik jek.. sedibik dgn bintang yg aku suke tgk tu... tapi aku diam jek... bila dah kawin aku ceritalah pasal bintang tu, tahi lalat kat dada hb aku bkan ade 3 jek berderet, siap ada satu lagi berdeketan dengan deretan tahilalat tu, tu ygaku kata sejibik bintang kat langit tu. Ssehinggalah aku tahu 3 bintang sederet Alnitak, Alnilam dan Mintaka adalah arah Kiblat sembahyang kita.... terkejut jugalah aku dengar... tu pun Siti bagitahu... aku plak tak cite pasal makna bintang tu pada hb. Semlm dia bukak cita pasal bintang tu eh tahi lalat kat dada dia.. yg dia baru tahu.. bintang yg selalu aku cita kat dia tu.. adalah arah kiblat... dengan sukenya dia pegi tgk dada dia kat cermin.... ada 3 tahi lalat berderet yg melintang di dadanyadan sebutir lagi berdekatan deretan tu seakan2 bintang dilangit tu... walaupun dia tak penah tgk... tapi dia percaya cakap aku.... betollll aku tak tipu......hmmmmm.... ada sesuatu dlm diri suami aku... Wallahualam........







Wednesday, October 29, 2008

Kampung Baru Plentong Tengah




1985 - Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 - KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 - Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 - Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 - Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 - Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 - Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 - Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 - Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.1993 - Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 - Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.
1994 - Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 - TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 - Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.
1997 - Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 - Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 - Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).1998 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 - Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 - Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 - Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 - Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 - Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
2008 Oktober - Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.
2008 Oktober 16 - Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.


27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh
Abdul Rahim Sabri Oct 16, 08 11:51am
kemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.
Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.
Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.
Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.
Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan. Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah










JOHOR BAHRU 16 OKTOBER (SK)- Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa supaya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penjelasan segera mengenai insiden perobohan kawasan perumahan penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, AMK begitu kesal dengan kebaculan polis yang sanggup mengerah tenaga sehingga mengancam nyawa warga Kampung Plentong Tengah sehingga mengakibatkan 27 individu ditahan dan beberapa individu termasuklah ketua dan imam kampung cedera dan dikejarkan ke hospital.
“Kebiadapan anggota polis dan samseng upahan mengasari warga emas, wanita dan anak kecil yang berhimpun mempertahankan hak mereka adalah sesuatu yang di luar perikemanusiaan,” tegas Shamsul yang turut berada di tempat kejadian.
Polis dan juga FRU dengan kekuatan seramai 500 anggota bertindak nekad merempuh benteng manusia yang dibentuk di kalangan warga kampung dengan bantuan AMK serta Pemuda Pakatan Rakyat.
Pimpinan AMK khususnya AMK Johor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat telah berkampung di Kampung Plentong Tengah sejak 15 Oktober lagi sebagai sokongan moral untuk mengelakkan Kampung Plentong Tengah dirobohkan oleh pihak pemaju.
Apa yang lebih menyedihkan, menurut Shamsul, ialah ketiadaan hatta seorang pun pimpinan Umno termasuklah ADUN dan Ahli Parlimen yang selama ini begitu hebat melaungkan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan menobatkan Johor sebagai kubu kuat Umno.
“AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan ADUN Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.
Jika inilah sikap bacul yang ditunjukkan oleh pimpinan Umno-BN, jelas terbukti bahawa mereka pengkhianat Melayu yang sebenar,” tegas Shamsul.
sumber : Suara Keadilan
















Monday, October 20, 2008

E322

Boss aku baru balik dari Vietnam... buat ape tah tak tahulah... as usual kalau balik oversea dia bwk balik buah tgn.. biaselah..coklat, b4 gi Indonesia, pun bagi coklat... tapi coklat ni dari Vietnam.. huh..was-was aku rasa dah... memang ler peberet aku nih..siap dark coklat... aku dah bukak dah.. tinggal cungkil coklat tu keuar dari kotak.. tiba2 baik aku cari maksud E322

E322
Lecithin

Lecithin is present in all living cells and is a significant constituent of nerve and brain cells.

Pure lecithin is white and waxy and darkens when exposed to air. Commercial lecithin is brown to light yellow, and its consistency varies from plastic to liquid.

Commercial lecithin, most of which comes from soya bean oil, which may be GM, contains a mixture of phosphoglycerides containing principally lecithin, cephalin and phosphatidyl inositol. Other sources are egg yolk, from where it was originally obtained, and leguminous seeds, including peanuts and maize, which also may be GM. As it can also be obtained from animal fat, vegetarians should be careful.

In cells lecithin protects the membranes and the polyunsaturated fats within the cells from oxygen attack.

As an emulsifier it lowers the surface tension of water allowing the better combining of oils, fats and water in such foods as chocolate, ice cream, margarine and mayonnaise. In bread and bakery products it increases volume and also acts as an anti-staling agent thereby extending shelf life.

In margarine it has the added advantage of preventing water leakage, so preventing spitting when frying, and protecting beta-carotene (E160a Vitamin A). In chocolate it allows a reduction in the cocoa butter content, prevents crystals forming and reduces viscosity (see E476). Soya lecithin has the same binding ability as egg yolk lecithin and can be used in place of eggs in many products. It also helps powders mix quickly and easily in milk or water.

Lecithin is also a good synergist to antioxidants in fats and oils so is often used in combination with them.

For a time it was thought that lecithin supplements could help Alzheimer sufferers but this line of research did not lead anywhere.


Lecithin

From Wikipedia, the free encyclopedia

(Redirected from E322)
Jump to: navigation, search

An example of a phosphatidylcholine, a type of phospholipid in lecithin.

Lecithin is any of a group of yellow-brownish fatty substances occurring in animal and plant tissues, and in egg yolk, composed of phosphoric acid, choline, fatty acids, glycerol, glycolipids, triglycerides, and phospholipids (e.g., phosphatidylcholine, phosphatidylethanolamine, and phosphatidylinositol). However, lecithin is sometimes used as a synonym for pure phosphatidylcholine, a phospholipid that is the major component of its phosphatide fraction. It may be isolated either from egg yolk (in Greek lekithos—λέκιθος) or from soy beans, from which it is extracted chemically (using hexane) or mechanically.

It has low solubility in water. In aqueous solution its phospholipids can form either liposomes, bilayer sheets, micelles, or lamellar structures, depending on hydration and temperature. This results in a type of surfactant that is usually classified as amphoteric.

Lecithin is sold as a food supplement and for medical uses.

Lecithins may also be modified by a process called fractionation. During this process, lecithin is mixed with an alcohol, usually ethanol. Some phospholipids have a good solubility in ethanol (e.g., phosphatidylcholine), whereas most other phospholipids do not dissolve well in ethanol. The ethanol is separated from the lecithin sludge, after which the ethanol is removed by evaporation, to obtain a phosphatidylcholine-enriched lecithin fraction.

Dengan rasa was2nya aku ..tak tergamak nak mkn.. so aku bagi kat Alice assistant aku.. maleh aku nak fikir.. berapa sedapnya dark coklat...








Saturday, October 18, 2008

Kg Baru Plentong Tengah lagik





Semalam aku gi kg baru plentong tgh... kecoh umah kene roboh.. tapi rumah kosong aje kene roboh dulu. Aku lalu..dah cam tempat lepas perang.. rumah ke pondok2 kecik hatta gerai jual burger pun ke roboh.... aku sampai lupa nak snap gambar... ada rubah dua tingkat..kira umah paling besar kat situ.. tuan dia dah lama lari... org kata umah tu berantu... dorang katarumah tu dah berselerak2, tapi semua batu2 pecah berkumpul balik... huh ye ke... aku lalu time tu ade org sebok pungah pintu adelah... tapi byk lagik rumah tak roboh.. sebab ade tuan rumah... Jiran kat sini tu sempat gak rakam peristiwa kat situ... dimana fru merempuh org kampung... dah macam rusuhan kat KL aku tgk... adik ipar bungsu aku ade time tu... meroyan sekejap... dia kata kat situ ramai wartawan... tv3 tak de tapi tvdamai adelah pulak... tau2..malam tu kuar berita kat tv3, ceh tv3 bertopengkan tvdamai rupanya.. kang kata tv3 ramai plak nak interframe kat tv plak... paling lawak cite adik ipar aku tu, hulur hilir bwk paper ...pasal ade gambar dia, gambar belakang dia jek...dgn topi terbalik dia tu...wakakakakakaka.. lawak giler... hmmm giler ko nak lawan fru, ade perisai, ade kayu... ade akak kat situ cite...dia tumbuk salah sorang fru, dia kene debik balik... terkedu kejap, tapi rasa nak nangis gak, org melayu kene tindas, dah lah yg kene kerah kerja tu polis ngan fru melayu... org bukit lenang tgh bersenang lenang tengah berdekah2 ketawa agaknya....

Ura2 29hb adalah yg terakhir, ini bukan kes pertama rumah kene roboh, tai benda ni terjadi kat keluaga terdekat.. terasa lah jugak. Dorang cakap, 29hb Tnb akan dtg potong karen, ngan saj potong air, penduduk kampng mesti keluar, dorang bagi masa bagi kuarkan barang, pastu jentolak terus ar cangkuk atas atap , langgar dinding.... sadis tol lah..... nnt lah..kalau dpt upload picture ngan video dia.. dpt lah tgh kenangan kat sini..

Sekarang aku rasa pening2 lalat, nak kata demam..suhu pagi tadik aku rendah..tapi kat dahi panas,... k lah chow


Friday, October 17, 2008

Roboh rumah di Kampung Baru Plentong Tengah Kecoh











27 penduduk ditahan polis - Roboh rumah di Kampung Baru Plentong Tengah kecoh


Oleh NASRI JAMALUDINmohdnasri.jamaludin@kosmo.my
SEBAHAGIAN penduduk kampung membuat benteng bagi menghalang pihak pemaju merobohkan rumah mereka di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Akibat enggan mengikut arahan polis supaya bersurai, 27 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah ditahan selepas mengadakan bantahan berhubung kerja-kerja merobohkan rumah mereka semalam.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, lebih 400 penduduk termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak menjadi benteng manusia bagi menghalang kerja-kerja meroboh.
Memandangkan arahan bersurai tidak diendahkan, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak merempuh penduduk yang menghalang.
Sebelum itu, peguam yang dilantik penduduk, Hassan Abdul Karim telah memberitahu penduduk bahawa perbincangan dengan pihak pemaju telah menemui kegagalan.
Bagaimanapun, penjelasan tersebut gagal menyuraikan penduduk menyebabkan pihak polis yang mengeluarkan arahan agar mereka bersurai untuk membolehkan kerja-kerja merobohkan dijalankan.
Pada 11 Ogos lalu, jawatankuasa bertindak kampung tersebut telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman agar kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap sepenuhnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak selepas penduduk mengingkari arahan untuk bersurai.
____________________________________________________________________
Itulah yg terjadi tempat tinggal abg ipar aku atau mak mertua aku... kesian org sana.. pemaju bukit lenang memang tak berhati perut.. skang kecoh rumah kosong semua dorang robohkan.. apelah perasaan isteri2 disana bila suami2 mereka kena tahan seramai 27 orang, aku mlm ni nak pergi sana tgk ape terjadi...

Wednesday, October 15, 2008

Kami tak akan kosongkan rumah

Kat bawah berita pasal penempatan rumah dekat rumah mak mertua aku yg nak kene roboh.... Nampak gaya dpt pertahankan lagi... Kes ni dah lama giler.. b4 aku kenal dgn hb aku... Dulu Bukit Lenang offer RM10k dan kerajaan bagi tanah di Bukit Dagang, dorang buatkan rumah cam kotak jek.. nak buat bilik atau nak block2 mana2 bahagian umah..tu kene buat sendiri... so org2 kampun yg dok situ dah berumah besar tak mo lak.. dorang nak.. kalau sekarang dorang ada 4 bilik, nnt rumah dpt kat Bukit Dagang pun nak 4 bilik.. harammmm tak layan .... dah byk duit perabih org kampung bayar peguam lawan Bukit Lenang.. terang2 Bukit Lenang tu dah beli tanah..cukup dokument.. mestilah dorang berhak menang....

Masalahnya... dulu tanah ni tak bertuan.. kira kerajaan punya..abg ipar dan org kampung cuba dptkan geran.. tapi proses punyalah lama..sampaikan tup-tup tanah dah dijual... Biler dah berbuih mulut lawan.. dah makan bertahun2 lamanya..lebih 10 thn cite ni.. tapi penempatan kat Bukit Dagang (tempat jin bertendang, tempat air naik) langsung tak gerak2, tak buat ape2 satu tiang pon tak jalan.. camner org nak pindah...

Line dan tiang2 telekom dah lama diputuskan.. masa 14 Ogos.. org kampung tak kerja..buat perisai manusia.. tak bagi ketua TNB masuk , jentolak segala bapak jentolak nak masuk.. polis pun penuh..... aku tak tahu ape cerita skang... kuarga abg ipar aku steady jek tak pindah2... mak mertua aku pun aku dah cite ..skang dok kat umah anak dia no 3, nasiblah.... kalau ikut logik.. kerajaan kalau nak tolong..dia boleh bli balik tanah tu dari Bukit Lenang, dan bagi geran kat penduduk kampung, tu bapak2 BN yg dorang kasi pangkah time undi yg lepas..semua haprak.. sebelum undi bukan main turun padang.. cakap berdegar2... ni nak mintak tolong... mak mertua aku pun menyumpah pak2 politik tuh.... siap jatuh kete lagik dia nak gi ngundi... dunia..dunia...


'Kami tak akan kosongkan rumah'

Oleh AZIMI MUSTAPHAazimi.mustapha@kosmo.com.my

BEBERAPA penduduk menunjukkan surat daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri yang meminta penangguhan perpindahan di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Tetap tidak mahu kosong rumah. Itulah pendirian lebih 2,000 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Pasir Gudang, di sini berhubung notis pengosongan rumah masing-masing esok.
Ketua UMNO Cawangan kampung tersebut, Mohd. Shahari Mohd. Sham berkata, penduduk hanya akan mengosongkan rumah dan berpindah setelah penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram yang dijanjikan siap dari segi kemudahan asasnya.
Katanya, mereka bukan tidak mahu berpindah, hanya meminta sedikit masa kepada pemaju terbabit sehingga kemudahan asas di penempatan baru siap sepenuhnya.
"Penempatan yang ditawarkan kepada mereka di Rumah Pangsa Taman Cendana, Pasir Gudang; Flat Badar Sri Alam dan Flat Tebrau bukannya percuma.
"Oleh itu, kita akan buat perisai macam 14 Ogos lalu bagi menghalang sebarang perobohan rumah kami," katanya kepada wartawan ketika ditemui di surau kampung itu semalam.
Menurutnya, pihaknya telah menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Yaacob bertarikh 25 September lalu.
Antara lain, kandungan surat itu meminta Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mempertimbangkan rayuan peduduk agar 310 rumah di kampung itu tidak dirobohkan sementara menunggu kemudahan asas di penempatan baru di Kampung Bukit Dagang siap.
Katanya lagi, oleh sebeb itu jugalah, dia meminta penduduk tidak menghadiri kaunter yang dibuka berhampiran kampung itu bagi membolehkan mereka berpindah ke tiga kawasan perumahan yang disediakan.
Tinjauan yang dibuat di kaunter yang menempatkan beberapa agensi seperti Bahagian Perumahan, Kerajaan negeri serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati hanya seorang penduduk sahaja yang datang untuk mendaftar ke salah satu flat yang disediakan.

Saturday, October 11, 2008

Biras-biras dan ipar-ipar

Setiap orang ade peel masing2, abg ipar aku, driver lorry besar yg bersendi tu... dengar kata gaji RM3k++, bini tak keje.. anak 7... mane cukup? terpaksa cukup2kan... hidup dia kejeee jek, balik umah utk relax, tido jek, peleceh orgnya.. kalau nak g jln2 penting or tidak...dia tetap leceh.. akan jadi org paling last utk bersiap... bini dia aku panggil Kak Ra, sejak mak mertua aku tak boleh jalan sebab jatuh... dia lah byk jaga... tapi byk komplen jugak.... sgt mengharapkan biras tua aku tu jaga... adik ipar aku umur tua setahun dari aku, tapi kalau ikut pangkat mmg dia panggil aku Kak Noor, b4 kawin dialah paling byk jaga mak dia... sbb hb aku ngan adik dia yg bungsu dah kawin dulu. So kitaorang concernlah pasal dia yg tak de girlfriend.... sbb dlm adik beradik..dia tak heran sgt pompan.. kejeeeee jek... sampai kene hantar ke filipine, aku kawin dia pon tak de sbb ade kat saner... so ade dua orag tny pasal dia, kira ade org nak matchingkan anak dorang dengan adik ipar aku ni, nama dia Lan, yg nak kan dia pon jiran2 dia, so Kak Ra pun buat pandai otak dia, amek kaum kerabat dia, sepupu dia kot, umur Lan kawin 30, bini dia 33 kot, tah lah... masa tunag aku pergi hntar, aku suka gaklah, Lan mmg baik... aku sukelah dia nak kawin, susah mula2 nak dekatkan Lan ngan tunang dia, biras tua aku tu..nama dia Kintan, macam2 kita buat, last2 ok gak... Lan dah pandai bawak tunang dia balik umah, hoh... bukan main lagik... dok sebelah mak mertua aku, tak gerak2 sebelah org tua tu siap bual2, kitaorang ckp..agak2 boleh ke jaga mak nnt pas kawin... dgn confidentnya..dia jawap..boleh...kata dia..dia penah jaga saudara dia..sape tah...lagi teruk dari mak mertua aku ni.... so hati Kak Ra berbunga2 lah dengar...

Ingat cerah hingga ke petang, tapi tsunami di tghari... pas kawin jek... awal2 kawin asek nak lari umah sewa dia dulu.. ade adik dia.... asal ujung minggu nak balik Adeela.... pas dua bulan kawin ... dia sakit2, nak kata tumpah darah...dia kata bukan... perut dia camkembong... kata cam gugur... so dia balik Adeela... dengar cite, dia kata dok umah tu selalu sakit2, boring giler ar Kak Ra aku...ingat leh gak ade org nak tolong jaga mak mertua, masak... kire kene ragging ar.... Bile si Kintan tu dah confirm ngandong... so diam2 dorang laki bini beli umah kat Desa Harmoni...dekat jek... tup tup pindah... mak mertua aku siap nangis, Lan buat keje tak beritahu... mungkin Lan pikir dia beli umah secondhand dekat2 senang nnt rumah mertua aku kene roboh.. ade tempat nak pindah.... kalau niat dia cam tu oklah....sampai kan dia nak buat doa selamat utk umah dia...last minit bagitau..mintak hb aku bacakan doa... kebetulan... hb aku accident... Kintan dah masalk byk nih... yg pegi cuma Ika dan anak bini Mazni... Kak Ra tu boleh pegi gak ..tapi sakit ati kot.... tak pegi... sian......

Lan ni tersepit antara mak dgn bini... bini asekkkkk nak ajak balik Adeela... dah lah pagi2 Lan terkejar2 gi mandikan mak dia.. baru gi keje.... kadang2 adik bungsu dia Mazni (nama cam pompan) pon mandikan kalau dia tak sempat.... Aku biaselah... sabtu minggu ni tido sane.. sabtu depan rumah akulah.. aku ade mak lagik...dia perlukan aku jugak nak kemana... rutine ni dah biasa bagi aku... Mazni umah mertua dia dekat... bile2 masa dia leh jenguk mak dia... kadang2 tiap sabtu dia tido sana..even bini dia tak ikut... Mazni ni rajin..ringan tulang.. tak cam adik bradik dia yg lain... kerajinan hb aku pun kalah sketlah dari dia..

Sementara tu.. Kintan dah tak nampak muka sangat... pas beranak 2 July lalu, tak sempat tgk.. dah balik Adeela... ko bygkan... dia ckp pas raya nak balik... paling panas Kak Ra lah... ura2 rumah nak kene roboh 15 Aug... tapi dia ckp pas raya nak balik... kelam kabut gak..tapi nasib baik tak jadi roboh..kasi chance lagik... sehingga 15 Oct... Masa org lepas naik keje sbb cuti Awal Ramadhan baru dia balik... ingat nak jumpa ujung minggu... cabut Adeela balik dah... mak mertua aku dah tak de hati nak sebut nama anak ngan menantu yg kata menjadi harapan tu.... pastu adelah dekat raya.. hari sabtu tunjuk muka sekejap... aku sebenarnya mls nak pegang anak dia...tapi naluri aku... nak sgt pegang baby... aku pegang sampai tertido baby tu... pastu diorang nak blah..gi Carrefour, Tesco dan nak singgah jap umah sedara dia... . ingat nak buka sama2, hampeh.. ahhh.. tak de ida lagik bagus... Abg ipar aku geti plak bunyik.. komplen gak... "nak tunjuk anak kat nenek dia payah.. tapi kalau berjalan boleh plak" ... so stat 27hbSept.. dia dorang dah berambus ke Adeela... sok nya kuarga Kak Ra blah Tanjung Linting... Bagus ar,... kang reramai bingit plak.. cuma not fairlah... ... Lan ngan Kintan beraya tak hingat kitaorang yg jaga mak dia.... bukan aku berkira.. tak kan aku nak tinggalkan umah aku lama2, dia tahun lepas pagi2 buta dah call hb aku bile nak dtg take over jaga mak dia... binik dia dah taksabo2 nak balik Adeela... tahun ni... mungkin dia nak raya puas2 kot.. tu yg raya ke 5 dia ajak mak mertua aku pindah ke umah dia.. kang 15hb umah kene roboh... tak le...kecoh2 angkat mak dia....

So aku akan pantau betah ke tak betah Kintan jaga mertua dia... kalau asal ujung minggu nak balik Adeela.. pandailah aku sound.... banyak bunyik... jgn panggil2 aku Kak Noor... meleleh nanah telinga aku dengor.... tu sbb lah aku anti dekat Kintan nih... tah ikhlas ke dak jaga org tua tuh.... mentang2 dpt laki jenis tak penah jumpa pompan... ko nak remote kontrolkan dia... dah ...dok diam2 jaga mak mertua....

Jangan cakap aku zalim... aku bukan nak ungkit... bukan kerana aku ni status isteri berkarier... dah lama aku jaga org tua tu.... kalau gaji laki aku cecah 5, 6 ribu... aku leh tinggalkan keje aku.... aku penah offer jaga mertua aku kat spital..tido sane dekat 5 hari... kebetulan time tu cuti panjang... mandikan mertua aku, aku tido kat lantai beralas kan kain jek..berbantalkan beg.... aku boleh jaga dia kat umah.... tapi umah aku ramai org.. aku kan tinggal kat umah mak aku... akak2 aku antar anak2 dorang kat umah..sbb skolah dekat2 situ... sementelah aku kerja... macammana nak jaga... jaga mak mertua aku lah paling senang... mandikan pagi, pastu dia dok atas krusi roda dia.. kalau penat...bwk dia ke katil dia.. mkn ape sgt.. dia tak cerewet.... cuma kalau dia nak berak yg susah..berak mlm tak pe.. kalau time keje dia nak berak?...cibit birit ke... sape nak buat.... tu jek problem... aku tak mampu nak menggajikan org gaji...

So aku harappp sgt yg surirumah2 tu dpt jaga... ko kawin bukan dgn laki ko jek.. dgn keluarga dia sekali...lagi2 lak tu lelaki..mesti utamakan mak.... sebagai bini kene paham.... org tua tu tak lama lagik.. jagalah sebaik nya...

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers