Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Friday, July 10, 2009

Cerita Luar Negara

Cerita 1

Hamil selepas berenang di kolam

WARSAW - Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

"Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

"Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut," kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. - Agensi



Cerita 2

Bayi dalam perut buat isyarat V


IMEJ imbasan ini menunjukkan bayi Caroline
membuat isyarat V.


LONDON - Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: "Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat."


Caroline


Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua.

Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: "Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik." - Agensi


No comments:

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers