Kat bawah berita pasal penempatan rumah dekat rumah mak mertua aku yg nak kene roboh.... Nampak gaya dpt pertahankan lagi... Kes ni dah lama giler.. b4 aku kenal dgn hb aku... Dulu Bukit Lenang offer RM10k dan kerajaan bagi tanah di Bukit Dagang, dorang buatkan rumah cam kotak jek.. nak buat bilik atau nak block2 mana2 bahagian umah..tu kene buat sendiri... so org2 kampun yg dok situ dah berumah besar tak mo lak.. dorang nak.. kalau sekarang dorang ada 4 bilik, nnt rumah dpt kat Bukit Dagang pun nak 4 bilik.. harammmm tak layan .... dah byk duit perabih org kampung bayar peguam lawan Bukit Lenang.. terang2 Bukit Lenang tu dah beli tanah..cukup dokument.. mestilah dorang berhak menang....
Masalahnya... dulu tanah ni tak bertuan.. kira kerajaan punya..abg ipar dan org kampung cuba dptkan geran.. tapi proses punyalah lama..sampaikan tup-tup tanah dah dijual... Biler dah berbuih mulut lawan.. dah makan bertahun2 lamanya..lebih 10 thn cite ni.. tapi penempatan kat Bukit Dagang (tempat jin bertendang, tempat air naik) langsung tak gerak2, tak buat ape2 satu tiang pon tak jalan.. camner org nak pindah...
Line dan tiang2 telekom dah lama diputuskan.. masa 14 Ogos.. org kampung tak kerja..buat perisai manusia.. tak bagi ketua TNB masuk , jentolak segala bapak jentolak nak masuk.. polis pun penuh..... aku tak tahu ape cerita skang... kuarga abg ipar aku steady jek tak pindah2... mak mertua aku pun aku dah cite ..skang dok kat umah anak dia no 3, nasiblah.... kalau ikut logik.. kerajaan kalau nak tolong..dia boleh bli balik tanah tu dari Bukit Lenang, dan bagi geran kat penduduk kampung, tu bapak2 BN yg dorang kasi pangkah time undi yg lepas..semua haprak.. sebelum undi bukan main turun padang.. cakap berdegar2... ni nak mintak tolong... mak mertua aku pun menyumpah pak2 politik tuh.... siap jatuh kete lagik dia nak gi ngundi... dunia..dunia...
'Kami tak akan kosongkan rumah'
Oleh AZIMI MUSTAPHAazimi.mustapha@kosmo.com.my
BEBERAPA penduduk menunjukkan surat daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri yang meminta penangguhan perpindahan di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Tetap tidak mahu kosong rumah. Itulah pendirian lebih 2,000 penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Pasir Gudang, di sini berhubung notis pengosongan rumah masing-masing esok.
Ketua UMNO Cawangan kampung tersebut, Mohd. Shahari Mohd. Sham berkata, penduduk hanya akan mengosongkan rumah dan berpindah setelah penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Sungai Tiram yang dijanjikan siap dari segi kemudahan asasnya.
Katanya, mereka bukan tidak mahu berpindah, hanya meminta sedikit masa kepada pemaju terbabit sehingga kemudahan asas di penempatan baru siap sepenuhnya.
"Penempatan yang ditawarkan kepada mereka di Rumah Pangsa Taman Cendana, Pasir Gudang; Flat Badar Sri Alam dan Flat Tebrau bukannya percuma.
"Oleh itu, kita akan buat perisai macam 14 Ogos lalu bagi menghalang sebarang perobohan rumah kami," katanya kepada wartawan ketika ditemui di surau kampung itu semalam.
Menurutnya, pihaknya telah menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Yaacob bertarikh 25 September lalu.
Antara lain, kandungan surat itu meminta Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mempertimbangkan rayuan peduduk agar 310 rumah di kampung itu tidak dirobohkan sementara menunggu kemudahan asas di penempatan baru di Kampung Bukit Dagang siap.
Katanya lagi, oleh sebeb itu jugalah, dia meminta penduduk tidak menghadiri kaunter yang dibuka berhampiran kampung itu bagi membolehkan mereka berpindah ke tiga kawasan perumahan yang disediakan.
Tinjauan yang dibuat di kaunter yang menempatkan beberapa agensi seperti Bahagian Perumahan, Kerajaan negeri serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati hanya seorang penduduk sahaja yang datang untuk mendaftar ke salah satu flat yang disediakan.
No comments:
Post a Comment