Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, October 29, 2008

Kampung Baru Plentong Tengah




1985 - Penduduk meneroka tanah. Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.
1986 - KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.
1987 - Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.
1989 - Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.
1990 - Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.
1991 - Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.
1993 - Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.
1993 - Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.
1993 - Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.1993 - Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.
1994 - Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.
1994 - Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.
1995 - TNB membekalkan elektrik ke KBPT.
1996 - Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.
1997 - Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.
1997 - Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.
1997 - Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).1998 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.
1999 - Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.
2000 - Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.
2000 - Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.
2002 - Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.
2007 - Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
2008 - Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.
2008 Oktober - Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.
2008 Oktober 16 - Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.


27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh
Abdul Rahim Sabri Oct 16, 08 11:51am
kemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini.
Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang.
Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi.
Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka.
Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan. Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa.
Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan.
Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah










JOHOR BAHRU 16 OKTOBER (SK)- Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa supaya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penjelasan segera mengenai insiden perobohan kawasan perumahan penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor hari ini.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, AMK begitu kesal dengan kebaculan polis yang sanggup mengerah tenaga sehingga mengancam nyawa warga Kampung Plentong Tengah sehingga mengakibatkan 27 individu ditahan dan beberapa individu termasuklah ketua dan imam kampung cedera dan dikejarkan ke hospital.
“Kebiadapan anggota polis dan samseng upahan mengasari warga emas, wanita dan anak kecil yang berhimpun mempertahankan hak mereka adalah sesuatu yang di luar perikemanusiaan,” tegas Shamsul yang turut berada di tempat kejadian.
Polis dan juga FRU dengan kekuatan seramai 500 anggota bertindak nekad merempuh benteng manusia yang dibentuk di kalangan warga kampung dengan bantuan AMK serta Pemuda Pakatan Rakyat.
Pimpinan AMK khususnya AMK Johor bersama-sama Pemuda Pakatan Rakyat telah berkampung di Kampung Plentong Tengah sejak 15 Oktober lagi sebagai sokongan moral untuk mengelakkan Kampung Plentong Tengah dirobohkan oleh pihak pemaju.
Apa yang lebih menyedihkan, menurut Shamsul, ialah ketiadaan hatta seorang pun pimpinan Umno termasuklah ADUN dan Ahli Parlimen yang selama ini begitu hebat melaungkan slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan menobatkan Johor sebagai kubu kuat Umno.
“AMK kesal kerana dalam masa yang sama Menteri Besar Johor sedang menjamu para Exco dan ADUN Umno-BN tanpa mempedulikan nasib warga kampung yang tertindas teruk di sini.
Jika inilah sikap bacul yang ditunjukkan oleh pimpinan Umno-BN, jelas terbukti bahawa mereka pengkhianat Melayu yang sebenar,” tegas Shamsul.
sumber : Suara Keadilan
















No comments:

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers