Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, November 5, 2008

Buruj Orion


Orion dari sudut Astronomi

Pelayar zaman dahulukala dan pemerhati bintang-bintang / ahli falak telah memerhati langit malam untuk melihat kumpulan bintang-bintang yang mempunyai bentuk dan corak yang dikenali. Sebelum terciptanya kompas dan lain-lain peralatan pelayaran, pelayar-pelayar dahulukala melihat kumpulan bintang-bintang, atau buruj, sebagai panduan untuk mereka merentasi lautan luas. Salah satu corak bintang atau buruj yang dikenali adalah buruj yang dinamakan Orion. Buruj Orion mempunyai bentuk seperti seorang pemburu dan boleh dilihat di kedua-dua hemisfera utara dan selatan. . Bintang-bintangnya yang terang membuatkan buruj ini mudah untuk dikenalpasti, dan kehadiran nebula yang agak banyak di dalamnya dan di dalam buruj-buruj yang berdekatan menjadikan buruj Orion ini sebagai tapak bagi pemerhati visual dan jurugambar bintang.

Bintang terang yang membentuk bahu kiri imej pemburu buruj Orion ini dinamakan Betelgeuse. Berdekatan adalah Horsehead Nebula, suatu kitaran habuk-habuk hitam di hadapan sebuah nebula yang terang. Apabila kelihatan bintang keemasan Betelgeuse dan bintang biru terang Rigel, ini menandakan ketibaan buruj Orion ini. Bintang-bintang di “Tali pinggang dan Pedang" pemburu ini menunjuk ke arah nebula-nebula yang paling terang dan tercantik di seantero langit malam. Tali pinggang Orion terbentuk oleh 3 bintang terang (Alnitak, Alnilam dan Mintaka) di dalam satu garisan lurus. Dari hemisfera utara, Tali pinggang Orion ini mudah dilihat di kaki langit selatan di waktu petang semasa musim sejuk. Tergantung di tali pinggang adalah pedang pemburu ini yang dibentuk oleh 3 bintang yang tidak jelas. ‘Bintang’ di tengah pedang ini sebenarnya bukanlah sebuah bintang tetapi sebuah nebula yang dinamakan Great Orion Nebula, salah satu kawasan yang paling dikaji di langit oleh ahli kaji bintang.

Orion di dalam Mitologi

Seperti mana-mana mitos yang dipinjam dari pelbagai sumber dan telah melalui jangkamasa yang panjang, cerita-cerita Greek mempunyai banyak variasi. Cerita di bawah adalah satu dari variasi-variasi yang ada :

Menurut mitos Greek purba, Orion adalah anak kepada dewa laut Neptune dan merupakan pemburu terhandal yang pernah disaksikan oleh dunia. Orion terkenal bukan sahaja kerana kebolehannya tetapi juga kerana kehandalannya dalam berkasih.

Beliau amat mengasihi Metrope, anak kepada Raja Oenopion di Chios, tetapi usul perkahwinannya sentiasa ditolak. Cintanya membara tetapi pada suatu hari, dalam keadaan mabuk dia telah memperkosa Metrope. Raja Oenopion menemui Dionysus untuk membalas dendam. Dionysus melakukan sihir ke atas Orion dengan meletakkannya ke dalam tidur yang amat lena dan dalam keadaan buta. Apabila sedar, Orion meminta pertolongan seorang penilik nasib. Penilik nasib mengatakan untuk mendapatkan penglihatannya semula, Orion perlu mengembara ke timur dan membiarkan sinaran matahari mengenai matanya. Orion menurut dan mendapat semula penglihatannya.


Dia kemudiannya menetap di Crete di mana dewi bulan Artemis telah jatuh cinta kepadanya. Cinta Artemis amat mendalam sehingga dia gagal menerangkan langit petang dengan cahaya rembulan. Apollo, abang kepada Artemis, merasa ragu-ragu terhadap Orion. Apabila Orion bersikap angkuh dengan mengatakan dia akhirnya akan menghapuskan semua haiwan liar di bumi ini, Apollo mengambil kesempatan melaporkan keangkuhan ini kepada Dewi Bumi dan Dewi Bumi sendiri telah menghantar Scorpius, kala-jengking maut, kepada Orion.

Orion bertarung dengan Scorpius tetapi dengan segera menyedari perisai si kala-jengking tidak dapat ditembusi oleh serangan manusia biasa. Orion kemudian terjun ke laut dan berenang menuju ke Delos. Tetapi Apollo telah menyaksikan kesukaran Orion menentang Scorpius dan tidak mahu melepaskannya dengan begitu mudah.

Kematian Orion tiba apabila Apollo mencabar Artemis memanah ke arah titik hitam di lautan dengan mengatakan objek hitam jauh di tengah laut itu adalah kepala seorang pengkhianat. Tidak mengetahui titik hitam itu adalah rupa-rupanya Orion yang sedang berenang, Artemis seorang pemanah yang handal memanah tepat hanya dengan panahan yang pertama. Dia kemudian berenang ke mangsanya tetapi mendapati telah membunuh sendiri kekasihnya Orion.

Kesal dengan perbuatannya, Artemis memohon kepada dewa-dewa agar mengembalikan hayat Orion tetapi permintaannya ditolak oleh raja dewa Zeus. Akhirnya dewa-dewa merasa belas dan menempatkan pahlawan legenda ini di syurgawi dan diwakili dengan buruj berkilauan yang membawa namanya. Di langit malam inilah bersemadinya pemburu hebat ini.

Mengapa Orion ?

Kami memilih nama Orion bukan hanya kerana nama ini dikenali di dalam bidang Astronomi dan Mitologi tetapi yang paling penting nama ini ringkas, mudah disebut dan oleh itu mudah untuk diingati. Lagipun perkataan Orion muncul dalam banyak lagu-lagu kegemaran kami, contohnya lagu “Orion” oleh Metallica, “Pharoah Sails To Orion” oleh Nightwish dan “Orion the Hunter” oleh Symphony X.

Orion Secara Spiritual

Sama seperti pelayar-pelayar purbakala yang menggunakan bintang-bintang sebagai panduan untuk merentasi lautan agar selamat sampai ke daratan, kita juga perlu panduan dalam memandu perjalanan dari lahir hingga hembusan nafas terakhir di dalam kehidupan singkat di dunia ini. Selain dari nama buruj yang dikenali, kami memilih nama Orion sebagai peringatan untuk kita menuruti panduan pemberian tuhan dalam pelayaran kita melalui lautan kehidupan. Di mana akhirnya perjalanan ini .. selamat sampai ke daratan .. sesat di mana-mana .. atau karam di lautan ?
........................................................................................................................................................................

Kat atas artikel aku kopipes jek dari web mana tah... bagi aku mitos tu semua mengarut jek.. dah nama nya mitos kan... so aku tak delah percaya semua tu.. aku just nak share pasal buruj orion ni.. Dulu.. selepas dikecewakan oleh cinta yg bertepuk sebelah tangan.....heheheh dgn pakwe jawa yg hensem wahahahahah.. dia tak ske aku sbb aku gemuk.. cilanat tol... ... aku ske dok kat buai depan umah.. boleh dikatakan tiap2 mlm.. kadang2 terlajak sampai kol 12tgh mlm... aku ske pandang langit waktu mlm...sungguh membuatkan hati aku terubat...nasib baik tak de bende yg terbang lalu atas kepala aku time tu.. dan aku selalu terpesona dgn 3 bintang yg berderet betul atas umah aku...dan ada satu bintang kecil sedikit berdekatan bintang2 tu.... Subhanallah... memang cantik.... sehinggalah oneday bintang2 tu tak de lagik... penat aku dongak2 cari bintang tu.. tah mane tah hilang.... Tak lama pastu aku dah dpt pengganti tahun 2001.. siapa lagi mylove lah... suami aku sekarang... ade sekali tub4 kawin... aku dtg umah dia..dia tgh buat keje..tak pakai baju... so aku amek kesempatan yg ade tgk badan dia... hahahahahaha.... tgh dia ckp2 dengan aku.. aku terpandang dada dia.... u know what... tahi lalat di dada dia sebijik... bukan sebijik jek.. sedibik dgn bintang yg aku suke tgk tu... tapi aku diam jek... bila dah kawin aku ceritalah pasal bintang tu, tahi lalat kat dada hb aku bkan ade 3 jek berderet, siap ada satu lagi berdeketan dengan deretan tahilalat tu, tu ygaku kata sejibik bintang kat langit tu. Ssehinggalah aku tahu 3 bintang sederet Alnitak, Alnilam dan Mintaka adalah arah Kiblat sembahyang kita.... terkejut jugalah aku dengar... tu pun Siti bagitahu... aku plak tak cite pasal makna bintang tu pada hb. Semlm dia bukak cita pasal bintang tu eh tahi lalat kat dada dia.. yg dia baru tahu.. bintang yg selalu aku cita kat dia tu.. adalah arah kiblat... dengan sukenya dia pegi tgk dada dia kat cermin.... ada 3 tahi lalat berderet yg melintang di dadanyadan sebutir lagi berdekatan deretan tu seakan2 bintang dilangit tu... walaupun dia tak penah tgk... tapi dia percaya cakap aku.... betollll aku tak tipu......hmmmmm.... ada sesuatu dlm diri suami aku... Wallahualam........







No comments:

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers