Wednesday, April 22, 2009
PENANTIAN BERAKHIR..
P/S : pada sepupu aku Suhaila kat jepun... jgn bagi tahu sape2 kat family ko... sbb apsallah hb aku nak senyap dulu.. nak suprise kata dia.... harap ko faham ye.... tqqqqq
Thursday, April 9, 2009
2 hari yg happenning
JOHOR BAHRU: Disebabkan keluarganya tidak mampu membayar wang tebusan RM15,000 dituntut penculik, seorang jurujual kereta dibunuh kejam sebelum dicampak di kawasan semak di Kilometer 32, Jalan Pasir Gudang/Jalan Masai Lama, Plentong, dekat sini, tengah hari semalam.
Mayat R Ramesh, 33, ditemui dalam keadaan mengerikan, termasuk jari kelengkeng tangan kanannya dipotong selain terdapat kesan luka pada leher dan perut kanan disyaki ditikam menggunakan benda tajam.
Mangsa sebelum itu dilarikan sekumpulan penculik di rumah ibu bapanya di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini, malam Sabtu lalu.
Kumpulan penjenayah terbabit meminta wang tebusan di luar kemampuan keluarga mangsa menyebabkan dia dibunuh sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan berkenaan.Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ragavan, 50-an, berkata kumpulan penjenayah berkenaan menghubungi keluarganya beberapa kali meminta wang tebusan sebagai syarat pembebasan Ramesh.Bagaimanapun, keluarganya hanya mampu membayar RM3,000 kepada kumpulan penjenayah itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank seperti diarahkan.
“Kami terdesak dan merahsiakan kejadian anak saya diculik sejak tiga hari lalu daripada polis semata-mata mahu dia pulang dengan selamat, namun tindakan kami meleset apabila Ramesh ditemui mati dibunuh dengan kejam.
“Saya tidak menyangka kumpulan penjenayah itu sanggup bertindak kejam apabila kami gagal membayar wang tebusan RM15,000 seperti diminta walaupun membayar RM3,000,” katanya.
Apabila dimaklumkan seorang rakan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak tengah hari semalam, Ragavan terpaksa memberanikan diri ke lokasi kejadian dengan harapan mangsa bukan anaknya.
“Namun, berdasarkan beberapa identiti mayat berkenaan, termasuk mempunyai tatu pada badan dan berkulit cerah, saya sudah menjangka ia adalah Ramesh,” katanya yang mengecam mayat mangsa di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.
Ragavan membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tengah hari semalam mengenai penemuan mayat seorang lelaki.
Menurutnya, orang awam menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan tertiarap.
Katanya, pemeriksaan mendapatinya mayat memakai seluar denim, berbaju kemeja merah selain mempunyai beberapa kesan luka.
“Di tempat kejadian, seorang lelaki yang tinggal di Johor Jaya memberitahu anaknya sudah hilang sejak tiga hari lalu dan tidak pulang ke rumah. Dia juga mengesyaki mayat ditemui itu anaknya.
“Motif pembunuhan masih belum diketahui dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Gambo tak yah lah.. dorang cover sume.... sampai kg melayu kol 5.30pm terus order satay 110 cucuk.. parti besday mak aku stat pas magrib.. semua beradik aku ade... mak masak rendang ngan pulut kuning, satay ada, mee hoon akak ipar aku bwk, kek akulah.. dan ape tah lagik.. hb aku tidoooo jek dlm bilik..sian dier... aku tak dpt tangkap mak aku potong kek sbb huru hara anak sedar aku yg lebih 20 org kerumun meja.. sempat amek kek jek... kitaorang bagi mak present stand mixer....
Soknya yg happenning ialah sbb hari cuti.. sultan johor's besday... wahahahah..maksudnya hari tido sedunia.. wahahahaha.... pagi sempat ziarah kubur arwah abah aku.. 3/5/09 masuk 16thn dia meninggalkan isteri dan ank2nya... pastu balik rehat2kan diri dan tido.. hb just makan bubur jek.. sonang keje...... oklah mahu balik.. dah pukul 6.15pm...