Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Thursday, April 9, 2009

2 hari yg happenning

On 7th, Selasa lepas, aku cuti emergency.. hb aku demam mengejut... balik keje ari senin dia dah kata tak sedap badan... pas isyak jek terus tido... start tgh mlm dia merengek2 kesakitan... badan dia panas sgt2... aku tak amek pusing gak... ckp kat dia sabar2.. sok sy anta gi klinik... pastu sambung tido.. tapi mmg tak tido nyenyak lah.. last2 kol 4 pg aku bangun wat kan dia air roselle utk sejukkan dia... kol 8 pg jek terus aku siap2 nak anta dia gi klinik... minta dia inject sekali.. kalau tak dmm dia akan meleret2 keseminggu kang... so dekat tghari panas dia dah kurang 70%.. baik punyer ubat doktor bagi kot... hari tu gak besday mak aku.... aku dah tempah kek dgn Nina kat Pasir Gudang... aku pun gerak ditemani oleh anak sedara aku, mase nak turun highway jek... abis... jammed... aku dah terlajak.. tak leh wat ape2.. teruskan jek.. naik lenguh kaki aku...almaklum kete manual... dekat 1/2 jam, Giant pun aku tak lepas lagik.. tiba Giant jek aku kuar dari highway pasir gudang utk ikut jln masai lama.. sekali.... my God.... lagi haru biru.... nak wat ape lagik.. jln jelah.. nyesal ikut situ.. sbb jln satu jek berbanding highway 2 jln... memang aku main gear 1 jek... sampaikan bau hangit... mampos... aku doa2 adelah jln short cut.. tup2 ade.. hb aku penah tunjuk ikut short cut... tibe jek gear 1 aku tak bleh masuk.. siot tol.. aku main redah jek jln short cut.. ikut jek lori depan aku.. aku tau dia pun cari jln short cut... Short cut bukan bermakne kuar dari jammed giler tu.. tapi aku dpt potong doranglah... gi lorong paling last jln pintas tuh.. aku dahlah seram kete bau hangit, call hb .. dia ckp mungkin aku tak tekan clucth habis2... ya betollll... pas aku tekan habis clucth barulah gear 1 aku ok dan bau hangit makin kurang dan terus hilang... and dah dekat2 pertengahan jln.. barulah aku nampak lautan manusia dari jauh... eksiden ke... aku tgk tak nampak pun lori terbalik ke kat highway... kat jln lama pun tak de eksiden... tgh2 aku jln tempat dorang beramai2 tuh.. ramai wartawan, polis dan kaki sebok yg buat jln jammed. polis dah tutup semak kat situ.. aku nampak ade satu pakcik bwk motor kasi signal macam kerat2 leher,, dan leher tercabut.. hohohohoh... aku tak amek punsing, pale aku dah pk nak sampai ni bilerlah...dah dekat masai.. nina dah call, sbb dia nak kuar.. ish cik kak nih... aku dah lah pakai redah jek dtg umah ko... dia tak tahu aku dah berpusing2 kat tmn dahlia sana.... akhirnya aku sampai dan byr kek dia dan blubery cistat dia... blubery cistat dia aku kata.. sedap giler.. sbb pestaim aku mkn cistat cam tu.. jakun seh... dan.. time balik.. aku terpakse redah lagik jammed.. cis cis.. so esoknya kuarlah berita depan Metro as below..

JOHOR BAHRU: Disebabkan keluarganya tidak mampu membayar wang tebusan RM15,000 dituntut penculik, seorang jurujual kereta dibunuh kejam sebelum dicampak di kawasan semak di Kilometer 32, Jalan Pasir Gudang/Jalan Masai Lama, Plentong, dekat sini, tengah hari semalam.

Mayat R Ramesh, 33, ditemui dalam keadaan mengerikan, termasuk jari kelengkeng tangan kanannya dipotong selain terdapat kesan luka pada leher dan perut kanan disyaki ditikam menggunakan benda tajam.

Mangsa sebelum itu dilarikan sekumpulan penculik di rumah ibu bapanya di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini, malam Sabtu lalu.

Kumpulan penjenayah terbabit meminta wang tebusan di luar kemampuan keluarga mangsa menyebabkan dia dibunuh sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan berkenaan.Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ragavan, 50-an, berkata kumpulan penjenayah berkenaan menghubungi keluarganya beberapa kali meminta wang tebusan sebagai syarat pembebasan Ramesh.Bagaimanapun, keluarganya hanya mampu membayar RM3,000 kepada kumpulan penjenayah itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank seperti diarahkan.

“Kami terdesak dan merahsiakan kejadian anak saya diculik sejak tiga hari lalu daripada polis semata-mata mahu dia pulang dengan selamat, namun tindakan kami meleset apabila Ramesh ditemui mati dibunuh dengan kejam.

“Saya tidak menyangka kumpulan penjenayah itu sanggup bertindak kejam apabila kami gagal membayar wang tebusan RM15,000 seperti diminta walaupun membayar RM3,000,” katanya.

Apabila dimaklumkan seorang rakan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak tengah hari semalam, Ragavan terpaksa memberanikan diri ke lokasi kejadian dengan harapan mangsa bukan anaknya.

“Namun, berdasarkan beberapa identiti mayat berkenaan, termasuk mempunyai tatu pada badan dan berkulit cerah, saya sudah menjangka ia adalah Ramesh,” katanya yang mengecam mayat mangsa di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.

Ragavan membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tengah hari semalam mengenai penemuan mayat seorang lelaki.

Menurutnya, orang awam menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan tertiarap.

Katanya, pemeriksaan mendapatinya mayat memakai seluar denim, berbaju kemeja merah selain mempunyai beberapa kesan luka.

“Di tempat kejadian, seorang lelaki yang tinggal di Johor Jaya memberitahu anaknya sudah hilang sejak tiga hari lalu dan tidak pulang ke rumah. Dia juga mengesyaki mayat ditemui itu anaknya.

“Motif pembunuhan masih belum diketahui dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Gambo tak yah lah.. dorang cover sume.... sampai kg melayu kol 5.30pm terus order satay 110 cucuk.. parti besday mak aku stat pas magrib.. semua beradik aku ade... mak masak rendang ngan pulut kuning, satay ada, mee hoon akak ipar aku bwk, kek akulah.. dan ape tah lagik.. hb aku tidoooo jek dlm bilik..sian dier... aku tak dpt tangkap mak aku potong kek sbb huru hara anak sedar aku yg lebih 20 org kerumun meja.. sempat amek kek jek... kitaorang bagi mak present stand mixer....


Soknya yg happenning ialah sbb hari cuti.. sultan johor's besday... wahahahah..maksudnya hari tido sedunia.. wahahahaha.... pagi sempat ziarah kubur arwah abah aku.. 3/5/09 masuk 16thn dia meninggalkan isteri dan ank2nya... pastu balik rehat2kan diri dan tido.. hb just makan bubur jek.. sonang keje...... oklah mahu balik.. dah pukul 6.15pm...





4 comments:

Suhaila Tahir said...

best nyer kek tuuuu..
bagus la korang ni...still sambut besday mak

noorcahaya said...

besday mak ko ngan besaday arwah bpk aku samer kan.. almaklum kembar... tapi heran lah... belah ko ramai kembar.. belah aku.. sebijik pun tak de... ko bile nak dpt kembar?... mintak satuuuu...

Suhaila Tahir said...

dah kembar, tentu ler sama tarikh....11-Mar
kembar?? teringin jugak, tapi kena tggu smpi dah kat mesia baru bole la..tak larat ehh nak jaga sorang2 kat sini
ha ah kan...belah ayang takde yg kembar lagi kan...apa lagiii...ada harapan la tuuu

小籠包Jason said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers