Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Monday, May 28, 2012

Kawan sama belajar mengadap Ilahi

Last week dikejutkan oleh berita eksiden salah sorang student kat ATC tempat aku belajar... muda lagik.. baru berusia 23tahun... aku baru kenal dlm 5 bln.. bln 6 adalah module terakhir dia.. dan akan tamatkan kelas. Allahyarham ni eksiden dekat highway, biaselah motor bw dlm area emergency lane... tiba2 ade sebuah kereta masuk lane emergency dan terus berenti, so Allahyarham tak sempat break atau mengelak terus langgar belakang kereta. Mengikut cerita kwn yg lain, patah tulang peha, kedua2 tgn pon patah di pergelangan tgn selain luka dia dada. 

Sabtu lepas, aku sedikit lagik nak batalkan utk melawat Allahyarham kerana ank aku tak sihat sgt. Tapi aku pegi jugak. Sampai sana aku panggil dia, dia tersenyum, malah kenal aku dan kawan aku... Walhal.. jumaat lepas, ade student lain melawat.. dari awal eksiden till jumaat, dorang dtg tgk jelah.. Allahyarham tak kenal. Akak Allahyarham kata, dia macam lupa ingatan... hari pertama, semua ahli kerluaga dia pon tk kenal... So bile aku dtg melawat, syukur Alhamdullilah bile dia tersenyum ceria. Tapi sayu, sbb dia byk ckp merapu walau dia ingat pasal belajar dia.. kerja dia... Dan dia tak seperti biase macam di kelas... Allahyarham seorang yg baik, pendiam, tapi haritu dia ceria dan byk bercakap. Syukur kepada Allah bila aku tgk keadaan dia yg positif. 

Aku tak sabar2 nak ke kerja harini utk bagitau keadaan Allahyarham yang sudah mengenali orang kelilingnya di group yg created by lecturer aku... tetapi... meruntun hati bile baca status..salah sorang student, dia tu pegawai polis, beritahu Allahyarham tlh meninggal dunia 6lebih pagi tadi. Innalillahi wa innailaihi rajiun. Terasa dik setelah engkau pergi. Memang kite tak le rapat sgt, tp kehadiran dlm kelas, dirasai. Yelah kelas HRM, berapa kerat sgt lelaki yg ada.. sure semua org kenal. Allhayarham pon penah tegur time aku time dtg kelas hubby aku hantar, ank aku nangis2... Allahyarham tegur.. bawak je kak masuk kelas.. kesian dia... :( ... masa melawat, akak dia pon bg tgk gambar sorang budak kecik, ank sedara Allahyarham, akak dia gembira bile Allahyarham ingat siapa budak tu.. semua gambar dlm henpon dia.. maksudnya dia seorang penyanyang, suka pada budak kecik. 

Kali terakhir aku melawat Allahyarham, akaknya ade bgtau, harap jgn tersinggung ape yg dia ckp... dia byk ckp merapu,... ade sedikit darah beku diluar tengkorak.Sedih dlm hati tgk keadaan dia... tapi aku tak mau tunjukkkan sedih dimuka. Tapi.. siapa sangka dia pergi secepat ini... masih tak sangka dgn ceria dan sihatnya hari sabtu lepas, tiba2 pergi mengadap Illahi... 

Tak pelah.. Allah lebih menyanyangi dia.  semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong dlm orang2 beriman. Harap keluarga beliau tabah menghadapi situasi sedih ini. Al Fatihah utk adik Ismail Bin Mohd Ali



1989-2012



2 comments:

belogkiter said...

tulah.. dah ajal namanya tapi kesian kan.. muda lagi.. minta rohnya dicucuri rahmat

noorcahaya said...

kesian dia, byk perancangan dia nak buat.. tp setakat itu sj... tak pelah.. moga rohnya tenang di sana, amin.

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers