Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Friday, February 11, 2011

TIRAMISU ..Happy Ending



Sinopsis DramaTiramisu
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

sumber : gua.com.my

ni aku sambung plak dgn ayat aku sirik

Melur kebetulan bertemu dgn Zain (Zoul Ariffin), sejak itu Zain cuba rapat dengan Melur. Jadi Faris beralih arah pada Lyana. Sejak itu Melur asyik mention yang dia dan Dani only friend. Padahal dalam hati still ade taman.

Kemudian Dani bertemu dengan Tina (Fouziah Gous) sehingga mereka merancang mendirikan rumahtangga, tetapi Melur mensabotaj perkahwinan mereka kerana dia rasa dia berhak bersama Dani berbanding Tina.

Last2 Dani memilih Melur dalam hidupnya...

Hahahahhahaha.. tak complete aku cite.? kalau nak complete tengok sendiri dekat www.tonton.com.my


My comments

Sangat teruja dgn pelakon utama. Pelakon layar perak bertemu di drama. Cite ni macam ala2 My bestfriend's wedding. Kalo aku jadi Melur pon tagih janji.. heheh... Suke jugak watak2 pembantu, Benny pon kelakar, tak boleh simpan rahsia, Zain asek tayang macho tahap tak boleh blah aku tgk.. Faris and Lyana couple yg secocok pada akhirnya... Tapi watak yang aku rasa dorang ubah secara drastik ialah watak abg ipar Melur. Arwah Faizal Yusoff. Tgk awal cerita mmg kelakar watak dia yg asek tak de duittt jek... Aku tak rase cite ni awal2 begini, mesti dorang buat rombakan setelah pemergian beliau... tiba2 jek akak Melur and suaminya pindah keluar, lepastu cerai and ade anak satu.... hmmm... sedih.. kalau watak arwah ade lagik, lagi berseri cerita ini.

oklah... aku bagi 4.5 star dari 5 star.



Senarai Pelakon Drama Tiramisu.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah


Sharifah Amani (Melur)

Pierre Andre (Daniel Mirzan)
Tania Hudson (Liana)
Shiela Mambo (Puan Gai)
Rahhim Omar (Pakcik Sam)
Zain Ruffedge(Faris) Zoul Ariffin (Zain),
Fouziah Gous (Tina)
Angel Nazri (Benny)
Arwah Faizal Yussof (Alias)
Dira Abu Zahar (Intan)
Mia Sara Nasuha (Ayesha)



dan watak2 yang seperti di bawah ini.. lupe plak nama dorang.. hehe

Kat bawah ade beberapa gambar dalam beberapa babak dalam cerita ini..



Dani tengah fening memikirkan kenapa Melur sabotaj wedding dia.




ni time dalam mimpi Dani.. hehhe




ini masa intro drama ni....


Liana tgh nak kena kan Faris jadi driver dia ke sana sini


ni mak paten.. hihih


discusion Tina and Dani kat bakery shop Dani


ini Zain... tie 1st2 jumpa Melur.. tgk mucles dia.. pergg x boleh blah


mak ayah Tina


Happy Ending.. Dani dan Melur disatukan


Saya sgt puas hati dgn drama kerana ini tak pernah membosankan.... GOOD JOB


No comments:

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers