Nuffnang

click as much as your heartbeat is beating....

Wednesday, February 16, 2011

Yang Terpuji

Salam Maulidur Rasul. Cuti semalam. Wat ape aritu?... aku tgk tv3 dari pagi, dari MHI, Al Kulliyah, Jejak Rasul, WHI, semua boleh di katakan berkaitan dgn Maulidur Rasul, pehtu mak aku bukak CD Selawat Nabi.

Ok, ekceli aku nak cite drama YANG TERPUJI malam tadik. Ermm bukan cerita itu, dari kehidupan terjadi di keliling aku. Aku tak mo lah mention anak sapo. Tapi ini jadikan pengajaran.

Namanya indah bermula dgn Muhammad yg bermaksud Yang Terpuji. Belakang tak yah bagi tau lah, tp tetap indah. One day Muhamad di lahirkan, pulak cucu pertama di beri nama bermula dgn Muhammad, jadi dipanggilnya Mamat... naif, semua tak tahu maksudnya. Lepas Muhammad berusia sethn lebih, dia bergaduh dgn sepupu perempuannya yg tua 8bln. Ditolaknya Muhammad sampai jatuh dan menangis. Sebelum ni, mmg biasa pon tgk keletah mereka bergaduh. Tetapi, ibu si Muhammad terasa dan terus berkata tanpa fikir....
"nanti mamat dah besar biar jadi gangster, biar dia pukul semua"

Kata2 kita ibarat doa, kalau lah kata2 itu Allah berkata Kun Faya Kun?

Hari demi hari Muhammad membesar, setelah pindah ke sekolah pelajaran dia lebih baik, malah menjadi pelajar terbaik di sekolah agama, malah lulus dgn baik di sekolah Agama Khas. Pernah sekali, dia menerangkan pada keluarganya dan saudara maranya. Ustaz dia berkata, jangan panggil Mamat, maksud Mamat ialah mati. Sesetengah saja berubah panggil kepada nama keduanya, tapi yang telah biasa, tetap memanggilnya Mamat, malah dia sendri selalu tersasul bahasakan dirinya Mamat. Walau Muhamad menjadi pelajar terbaik di sekolah agama, tapi pelik, Muhammad susah bila di minta solat, ada saja alasan dan dolak dalik... Sekolah Menengah pelajarannya tidak sebaik di sekolah agama. Malah sgt merosot bila di tingkatan 4. Sudah penat ibubapanya memantau anaknya ini, sedangkan adik2nya seramai 5 org di bawahnya tiada pon berperangai macam Muhammad. Ponteng kelas ( sekolah asrama), pernah di gantung sekolah 1 minggu kerana mencuri henpon kawan tetapi tidak balik ke rumah. Ibu bapa ingat dia baik di sekolah. Kerana malu, bapa Muhamad telah keluarkan Muhammad dari asrama penuh dan sanggup menghantar ke sekolahnya tiap2 hari. Tapi sayang, hilang ibubapa Muhammad dari pandangan, terus dia ponteng sekolah bersama kawan2 yang sekepalanya.

Tiap petang tetap balik ke rumah neneknya sebelum di jemput oleh ibubapanya. Bermula kisah duit neneknya kerap hilang. Mencuri henpon dan duit makcik2nya sendiri. Sekarang Muhammad di tingkatan 5, masih sama, tetapi dia bagai di larang masuk ke rumah neneknya kerana tidak mahu ada kes kehilangan duit lagik. Tapi memang benar, sejak itu, memang tiada duit yg kehilangan. Cuma sikap teruk sekolahnya masih sama. Apa akan terjadi di masa hadapan Muhammad, adakah akan berubah lebih baik? atau lebih teruk.

Moral : Doa ibu bapa. Panggillan nama. Ibu bapa itu sendiri. Ibu bapanya sendiri asyik suruh anaknya elajar dan belajar, tapi solat, diri sendiri pon tak lepas. Kata2 ibu bapa pada anaknya ibarat doa. Sentiasalah berhati dalam melafazkan kata2 utk anak, biarlah yang baik2. Panggilan nama itu sendiri. Kasihan kalau Muhammad di panggil Mamat, maka mati lah jiwa dan hatinya. Aku berdoa dia menjadi baik dan berjaya di masa hadapannya



2 comments:

wany said...

sy pon tgok cte neh...bnyk pengajaran

noorcahaya said...

yup, ade mak bapak terkene atang idong sirik tgk cite nih :)

We have been married

Daisypath Anniversary tickers

daisy path - Ditakdirkan Bercinta

Daisypath Anniversary tickers